Thursday, March 10, 2011

Yahooo.....

Sambil mengenyit-ngeyitkan mata sebab terlampau masam, kerana makan jambu ditabur asam. Bersusah payah aku nak menghabiskan buah nih. Terpaksa. Kalau buang rugi pulak. Aku beli masa balik dari kelas tadi. Cuaca yang bahang lagi terik, membuatkan aku mengambil inisiatif secara kritis untuk mengambil sumber-sumber nutrien vitamin c. Lagipun elok makan buah banyak-banyak. Dapat mengembalikan kandungan air yang telah terhidrasi dari tubuh badan. Waima, kalau cuaca tak panas pun aku biasakan diri aku makan buah-buahan. Inilah sumber yang dapat mengembalikan kesegaran kepada tubuh badan.





Perut yang kosong pun akan jadi kembung kalau kita makan buah dengan banyak. Makan buah banyak-banyak tak pe. Elok untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Adoi..mengarut pasal cite makan buah pulak dah. Ini bukan entri bersempena kempen makan buah sedunia. Entri nih aku tulis secara spontan. Sebab aku baru lepas makan buah jambu dengan tembikai susu. Tak perlu aku rasa nak huraikan pasal khasiat buah-buahan nih. Penat. Otak aku tak mampu nak menjana idea yang bernas sebab tak larat dah. Tajuk pun memang tak de kena mengena langsung dengan post aku nih. Jadi, setakat nih je. Ok kan?

0 comments: