Tak de lah rumit sangat sebenarnya. bagi diorang kalau keadaan mengizinkan, mandilah mereka. Kalau tak, buat rilex sudah. Tapi betul ke teori aku nih?
Tak jugak sebenarnya. Di era urbanisasi yang lagi canggih nih, wujudnya lelaki metroseksual yang mana golongan sebegini amat menitik beratkan kebersihan dan penampilan diri. Kira mereka mengangkat taraf penampilan yang bersih setanding dengan kaum wanita. Perlu ke?
Bagi aku no komen. Tak salah pun sebenarnya. Tapi kalau berlebih-lebihan sampai nak menyerupai kaum hawa ni pun tak boleh jugak. Kena bertempat beb. Lagi pun dalam islam sendiri pun menuntut kita agar sentiasa mengamalkan kebersihan.
Bagi lelaki metroseksual nih, kalau boleh diorang akan mandi selagi perlu. Dalam erti kata lain, kalau boleh mesti dua atau tiga kali sehari. Normal lah tu kan. Tapi kalau lelaki konservatif ni lain sket. Kira nak kata kat sini jenis lelaki sempoi lah. Aku rasa kalau macam diorang nih sekali atau dua kali mandi tu pun dah cukup.
Tu pun mungkin dua tiga minit je mandi. Erk. Mungkin je lah. Berbeza ngan yang si lelaki metro, kalau selagi tak puas hati, selagi tu lah berjam-jam duduk dalam bilik air. Masalahnya kat sini perlu ke? Terpulang kepada hak individu masing-masing. Kita kan duduk di negara yang berdemokrasi. So, selagi tak mengancam keselamatan awam, tak pe kot.
Tapi apa pendapat orang perempuan dengan lelaki yang jenis macam nih. Nampak sangat over mengalahkan diorang sendiri kan. Come on lah. Macam yang aku cakap tadi, kita kan bebas nak melakukan apa sahaja selagi tak mengganggu tata susila sebagai rakyat Malaysia yang berhemah. Tapi kalau boleh yang lelaki ni pun beragaklah jugak. Jangan buat sampai orang meluat sudah....




0 comments:
Post a Comment