Masa melepak-lepak dengan kawan-kawan aku tadi kitorang cuma berborak kosong sambil makan cendol. Saje-saje melepaskan lelah di kala mahu balik ke rumah. Kalau balik awal pun bukannya boleh buat ape. Balik-balik paling koman pun mesti menghadap lap top. Itu lah rutin aku.

Dari sekadar berborak-borak pasal tempat untuk praktikal, tiba-tiba lak kawan aku cite apa yang akan kitorang buat. Habis grad, mesti kerja. Pas tuh kawen. Sempat lagi ingatkan kitorang supaya jemput dia datang nanti.
Bunyi memang macam touching sket. Sempat jugak dia ingatkan supaya kitorang still keep in touch. Jangan lost contact. Ha89. Sedey pulak. Tak sangka wa yang hati keras ni pun, rupa-rupanya dalam hati ada taman jugak. Memang itulah amanat dia. Amanat dari seorang kawan.
Sekurang-kurangnya ada lah jugak dia fikirkan macam tuh. Aku? Her..Haram...Ha89....




0 comments:
Post a Comment