Malam tadi. Aku melepak-lepak dengan member aku bersuka ria menghilangkan segala tekanan sehari-harian. Peghh..ayat. Macam sasterawan negara sikit. Credit di situ. Herm...Memandangkan kitorang dah rancang nak men bowling, jadi malam tadi atas demokrasi terpimpin, kitorang pun berkumpulan pergi ke tempat yang sepatutnya untuk bermain. Saje-saje habiskan masa, wang dan tenaga. Duduk kat rumah pun bukan boley buat apa. Jadi kitorang main dengan jumlah dua game setiap orang. Menjadi kebiasaan aku kalau main, longkang adalah pilihan utama berberbanding pin-pin putih yang sepuluh tu. Tak tau la. Memang aku tak de bakat kot. Nak kata baru first time main, aku rasa tak. Jadi kalau dah gitu gamaknya dah semestinya top last menjadi kepunyaan aku. Memang itu tak mampu siapa-siapa nafikan. Tapi main atas dasar untuk enjoy. Jadi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pertandingan. Memang rasa macam terkilan lah jugak pasal sepuluh ringgit melayang macam tuh je. Main tak bersungguh-sungguh. Oleh sebab ras macam nak melontarkan vokal aku nih, aku pun buatlah usul agar kitorang berenam pergi karaoke. Memang diorang nampak macam tak nak. Tapi, aku hangkut kesemuanya. Yang suci muci tu semua habis ternoda. Yang tak pernah langsung menjejakkan kaki ke pusat karaoke, melakar hari bersejarah mereka semalam kerana berpeluang menginjakkan kaki ke pusat hiburan macam tuh. Memang layan lah masing-masin bila nyanyai semalam. Habis terkeluar bakat terpendam yang ada kat dalam diri. Aku tak pe. Sebab dah biasa. Memang syok Habis. Cakap je lagu apa yang kitorang tak bawak. Semua jenis lagu kitorang sapu. Sampai balik pun masing-masing kehabisan suara sebab melalak sampai tak ingat dunia akhirat. Kesimpulanya, malam tadi memang happening.
Friday, March 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment