Pertama sekali aku nak cakap belajarlah bersyukur dengan segala nikmat kurniaan yang tuhan berikan. Peghh...Alim skit aku kali nih. Akibat dari hujan yang turun mencurah-curah tak berhenti-henti, tempat yang aku bermastautin sekarang nih semakin dinaiki air. Ataupun nak banjir lah senang cite. Dan aku rasa sememangnya dah banjir.
Kejadian silam terulang lagi. Itulah kan. Perubahan cuaca dunia yang semakin menyulitkan dan tidak teratur. Tapi redha je lah dengan segala ketentuan Ilahi. Kerana Dia lagi maha mengetahuin tentang apa yang terjadi.
Jadi apabila terjadinya banjir, sedikit sebanyak diri aku ni pun terkesan lah jugak. Baru lah dapat merasa bencana yang menimpa walaupun tak seteruk mana. Kesan dari banjir nih selalunya lebih kepada ketirisan keperluan asas yang semakin meruncing. Bila time sejuk macam nih perut akan sentiasa berdondang sayang minta diisi. Dan waktu macam ni lah makanan yang sebelum nih berlambak kat koperasi, akan habis dengan cepatnya.
Nasib baik aku dengan kawan-kawan serumah dah prepare awal-awal semalam. Lega lah sikit. Tapi bukan bermasalah dengan bekalan makanan je. Air pun sama. Yup. Bekalan air bersih. Pagi-pagi buta lagi pihak pengurusan dah buat pengumuman tentang penutupan bekalan air bersih. Adoyai. Agak terasa jugak lah di situ. Mana taknya. Antara air dengan elektrik, aku lebih rela pilih air. Metsi semua setuju dengan pendapat aku kan. Aku yang plan tak nak mandi hari nih pun terpaksa berebut-rebut dengan yang lain. Berebut nak mandi sebab takut tak de air buat selama-lama lah gamaknya. Bapak mengarut. Huh.
Tapi yang best kelas untuk hari nih semua cancel. Dah mula lah kepala otak aku nih yang plan nak tido sehari suntuk. Best kot. Memang cun tido time-time hujan nih. Atau dalam istilah biologinya berhibernasi macam beruang kutub. Ceh. Apa punya perlambangan lah ni.
Akhirnya dapat lah jugak aku nak merasa suasana banjir. Lepas makan tengah hari je tadi, kitorang pun berhentilah main air dekat tepi jalan. Sambil tu ada lah jugak kitorang bergambar dan video cam sikit-sikit sebagai kenang-kenangan. Kenang-kenangan lah sangat. Nak tengok balik pun segan. Dah tak macam serupa orang dah aku tengok. Tapi best jugak lah. Mungkin sebab aku tak pernah merasai suasanan macam nih kot.
Gambar tak sempat nak upload. Just imagine sendiri je lah kejadian di atas.
Sekian sahaja untuk edisi banjir versi aku. Renung-renungkan dan selamat beramal. Hu89...
p/s: Mood : Online atas katil je nih.
Banjir dah mai dah....
Gambar dari google image.




0 comments:
Post a Comment