Thursday, March 10, 2011

Malaysia vs Pakistan : Perlawanan Kedua



Keputusan Malaysia melawan Pakistan sempena kelayakan sukan Olimpik berkesudahan dengan 0-0 di gelanggang lawan. Itu merupakan keputusan untuk liga kedua selepas mereka bertemu di Malaysia. Masa main kat tempat kita tuh Malaysia mendahului dengan 2 gol. Ini menjadikan aggregat : Malaysia-2,Pakistan-0 . Jadi entri yang nih aku update untuk perlawanan kedua semalam. Yang sebelum nih tak sempat nak update. Berikut yang kat bawah adalah kronologi kejadian yang aku petik dari zikrihusaini.com. Diharap beliau mengizinkan sekadar perkongsian maklumat.

Kronologi kejadian:

Minit 1 :- Belum lagi..sabau lah yer.

Minit ke 10: kedudukan masih kosong-kosong, update dari status twitter rakan.

Mint ke 20: Harimau muda masih tidak menjaringkan gol, hampa. Finishing yang tak berapa kemas. Masih 0-0 sekarang ini.

Minit ke 25: Masih kosong-kosong lagi.

Minit ke 40-45: Buntu tiada jaringan. 2 kad kuning dilayangkan oleh pemain malaysia.Tamat separuh masa pertama.

Analisis separuh masa pertama: Analysis dari rakan mengatakan pakistan lebih banyak menyerang, dan hampir menjaringkan gol, (tapi tak tahu minit ke berapa tadi).

Separuh masa kedua sudah berlangsung :-

Minit ke 47 : Masih lagi 0-0. Malaysia ada satu chance tadi kena palang. Pakistan ada juga membuat serangan, tetapi semua easy for keeper. Cayalah KFC.

Minit ke 47 : Masih lagi 0-0. Malaysia ada satu chance tadi kena palang. Pakistan ada juga membuat serangan, semua easy for keeper. Cayalah KFC.

Minit ke 56: Masih kosong-kosong 0-0. Hampeh!!

Minit ke 75: Kosong-kosong 0-0 lagi…. Zzzz… nak tidor dibuatnya kawan disana.

Minit ke 79: Kosong-kosong, malaysia bermain dengan lebih kemas pada separuh masa kedua, cuma finishing kurang kemas.

Minit ke 80: Perlawanan yang berbaki 10 minit lagi, dengan keadaan disana sejuk sebenarnya, suhu 12′C. Takda gol lagi.

Minit ke 90 : Sudah habis masa, masa tambahan 3 minit. Malaysia control ball semua.



p/s: Malaysia memang boleh. Hidup bola sepak Malaysia

0 comments: