Hari ni. Lebih dari dua puluh tiga kali aku dengar perkataan yang sama. Rasionalnya? Nak dijadikan cerita, hari ni aku ada ujian pertengahan sem. Untuk subjek yang agak mencabar kredibiliti seorang pelajar. Tapi aku ada la jugak study barang sejemput dua bagi memudahkan aku nak jawab soalan nanti walaupun aku tahu ianya sia-sia. Tapi usaha tangga kejayan. Lantas dengan tekad yang kuat dan semangat yang jitu, aku pun dengan gigih jawab lah dengan sebaik mungkin walaupun sebelum masuk dewan aku dah ke tandas untuk melunaskan hajat yang tertahan. Memang aku dah duga pun yang aku tak kan mampu jawab soalan dengan baik seperti yang aku impikan. Tapi tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Memang aku adalah antara orang yang paling bertuah hari ni. Kerana cik pensyarah tu dengan murah hatinya menolong aku menjawab soalan-soalan beliau. Dia siap bagi formula tu wa cakap sama lu. Sambil tu ada la aku juga pensyarah lain yang jerit "no discussion". Kelakar pulak aku rasa. Susah susah diorang bincang kat belakang. Aku kat depan, senang-senang je dapat pertolongan dari pensyarah. Ada juga hikmah rupanya aku dipaksa duduk kat depan. Kesimpulannya, boleh dikatakan hampir separuh aku dapat jawab. Kira oklah tu kalau berbanding dengan sebelum ni. Sekian....
Tuesday, March 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment