Thursday, March 10, 2011

Ramlee Awang Murshid : Antara Thriller Dan Plot


Erm...Di kala ilham yang datang, ketika berkumandangnya lagu yang bertajuk "Biarkan Aku Jatuh Cinta", dan saat-saat menantikan kelas malam yang bakal beraksi kurang dari 2 jam je lagi. Idea aku nak tulis pasal penulis yang paling aku kagum.

Ya, penulis novel thriller No.1 kat Malaysia. Aku adalah antara beribu peminat yang menjadikan hasil karya beliau sebagai naskah bacaan ketika lapang. Memang patut pun dia dilabelkan sebagai seorang penulis novel thriller. Padat dengan aksi yang kemas. Juga memberi penghayatan yang jelas dengan plot cerita yang disampaikan serta mengundang seribu rasa jika penghayatan tu sampai. Bukan setakat tulisan cerita semata-mata.

Bagi aku novel dia nih padat jugak dengan informasi yang berguna. Bukan kosong semata-mata. Itu pendapat aku secara keseluruhan. Aku pun baru mula berjinak-jinak untuk baca karya-karya hasil tulisan beliau. Apa ayat aku nih. Jadi aku selitkan lah sedikit biografi empunya diri tuh kat sini. Sebagai perkongsian minat semata-mata. Herm....Harap-harap macam tu lah.


Nama : Ramlee Awang Murshid.
Tarikh Lahir: 4 November 1967.
Tempat Lahir: Papar, Sabah.
Kerjaya: penulis novel dan juga menulis untuk RTM sejak 1986. Dan sebagai wartawan RTM.
Pendidikan: Graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, UKM.
Pencapaian:

  • Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
  • Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pan
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
  • Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3)

Hasil Karya:

  1. Igauan Maut - Dewan Bahasa & Pustaka
  2. Anugerah Pertama - Creative Enterprise
  3. Pei Pan - Utusan Publications & Distributions
  4. Tombiruo - Alaf 21
  5. Semangat Hutan - Alaf 21
  6. Tombiruo Terakhir - Alaf 21
  7. Ranggau - Alaf 21
  8. Mandatori - Alaf 21
  9. ADAM - Alaf 21
  10. Satu Janji - Alaf 21
  11. Bagaikan Puteri - Alaf 21
  12. Rahsia Perindu - Alaf 21
  13. Hatiku Di Harajuku - Alaf 21
  14. Cinta Sang Ratu - Alaf 21
  15. Hijab Sang Pencinta - Alaf 21
  16. Ungu Karmila - Alaf 21
  17. Personal Justice (ADAM versi Inggeris)- Alaf 21
  18. Mikhail - Alaf 21
  19. 9 Nyawa - Alaf21
  20. Cinta Sufi - Alaf21
21.Rayyan Fantasi - Alaf21 (bakal terbit)


Antara yang aku dah pernah baca ialah ranggau, semangat hutan, rahsia perindu dan tombiruo. Tombiruo terakhir dalam proses pembacaan.



Antara koleksi novel beliau.


p/s: ok ke kalau aku pun jadi novelis jugak macam dia?


0 comments: