Wednesday, March 2, 2011

Khurafat Punya Hal.


Malam Tadi. Kelapangan yang ada malam tadi, aku isi dengan tengok cerita khurafat. Buah tangan dari Syamsul Yusoff. Ni merupakan cerite seram pertama yang dia hasilkan. Aku tak mengharapkan apa-apa sebelum tengok cerita ni. Walaupun ada jugak kawan aku kata yang cite ni best. Aku dapat cite ni pun dari kawan. Saje je layan. Sebab aku tak dapat tengok cite ni kat wayang. Jadi baru sekarang aku berpeluang tengok filem yang menampilkan liyana jasmay nih. Aku malas nak cerita pasal plot filem nih. Bagi aku rasa cite ni boleh tahan la. Jalan cerita yang menarik. Tapi biasa lah. Cerita seram melayu mesti stereotaip punya. Mesti nak kena ada ustaz. Bagus lah tu. Kepercayaan umat islam bahawa dengan ayat al-quran, kita bisa menghapuskan gangguan syaitan laknatullah dan iblis. Tapi bak kata mufti kat Malaysia nih, ustaz bukan penghalau hantu. Erk. No comment. Bagi aku,mendapatkan pertolongan daripada ustaz merupakan salah satu ikhtiar untuk membantu kita dalam menghadapi ancaman syaitan. Tapi kalau selalu benar watak ustaz nih ada dalam cerita kat malaysia, ni bagi aku dah kira mengeksploitasi keperibadian ustaz itu sendiri. Adoiyai. Mana satu nih. Terus kepada cerita khurafat tadi, aku kurang berkenan dengan pembawaan watak oleh symasul sendiri. Nampak sangat dia bajet macho dalam cerita tu. Pembawaan emosi memang berkesan, tapi cara dia menghantar dialog tu laju sangat. Sebijik macam baca skrip. Atau tengah hafal skrip time tuh aku pun tak tahu. Well, liyana jasmay punya lakonan ok lah. Macam biasa. Tapi aku nak bagi kredit kat Sabrina Ali. Dia memang berjaya bawa watak perempuan yang menjadi mangsa cinta murahan seorang lelaki. Murahan lah sangat. Dia yang murah adalah. Ha89...sekian saja ulasan aku. Nak comment lebey-lebey pun aku bukan pandai. Hantam je la...




"Sampai hati kau buat aku macam nih..." antara dialog yang aku ingat.ha89..


Macam haram........


Apabila manusia dan syaitan bersatu, maka terjadilah hantu....erk.

0 comments: