
Baru-baru nih aku berpeluang baca artikel tentang Proton Inspira. Selama ni aku hanya dengar je pasal model proton nih. Apatah lagi nak nampak kereta ni kat atas jalan. Kebetulan pula aku jumpa cite pasal keta jenama proton ni. Aku pun cuba lah meneliti apa yang menariknya tentang kereta yang pada pendapat aku menjadi buah mulut kawan-kawan aku kat dalam kelas. Kereta nih sebenarnya boleh dikatakan sebagai sebuah model baru yang hampir sama dengan Mitsubishi Lancer. Bentuk luaran pada pandangan aku memang cenderung menyerupai model mitsubishi sendiri. Proton sebenarnya telah bersetuju untuk berkolaborasi (macam nak buat lagu plak) dengan mitsubishi untuk menghasilkan model baru kereta (40% proton - 60% mitsubishi). Mereka telah bersepakat dengan mengambil pendekatan OEM (original equipment manufacturer). Memang merupakan yang pertama dalam sejarah pembuatan kereta nasional kat negara kita.
Nak dijadikan cerita, join venture nih bertujuan meningkatkan kualiti dan jenama kereta nasional melalui kos pelaburan yang lebih rendah dalam melahirkan model-model baru. Ada jugak dinyatakan yang Inspira nih mampu menyumbang kepada peningkatan tahap produksi terhadap vendor dalam embekalkan alat ganti yang lebih tinggi spesifikasinya.

RUANGAN DALAM ELEGAN SOFISTIKATED. Ruang dalam didominasi warna hitam. Menggunakan material berbeza dengan tempat dudk selesa. Boleh memuatkan 3 dewasa di belakang. Dan sesuai untuk mereka yang bersaiz tinggi.

CIRI-CIRI IMPORT. Lampu welcome & coming home ketika menekan kunci untuk masuk kereta. Sistem brek anti kunsi (ABS) dan penyaluran brek elektronik (EBD) untuk kawaln kenderaan yang lebih selamat.

KEPUASAN MEMANDU. Enjin 1.8 liter transmisi manual lebih berprestasi. Kuasa dari sistem Mitsubishi Innovative Valve Timing - Control (MIVEC) memberi kelancaran dalam apa jua kelajuan dan memberi lebih kepuasan pemanduan terutama membelok selekoh.

WARNA PILIHAN. Inspira merupakan laras kualiti proton dalam mengahsilkan model-model baru untuk masa hadapan. Didatangkan dengan empat warna iaitu merah plum, putih solid, perak genetik dan hitam tranquility.
SPESIFIKASI MODEL
Enjin: MIVEC 4 silinder, DOHC 16 v.
Kapasiti: 1.8 liter
Kuasa: 103kW/6000 rpm
Tork: 177Nm/4250 rpm
Transmisi: Manual 5 kelajuan.
Kapasiti petrol: 59 Liter.
Harga:
1.8 MT-rm78,999 metalik/ rm 78,549 solid.
1.8 CVT-rm 84,999 metalik/ rm 84,549 solid.
2.0 CVT-rm 91,999 metalik/ rm 91,549 solid.
p/s: dikatakan ia disasarkan kepada golongan eksekutif muda pertengahan umur dan ke atas. aku??




0 comments:
Post a Comment