Ini cite pasal tablet yang tak boleh dimakan. Tapi ni bukan berkenaan dengan subjek biofarmaseutikal. Ini berkenaan dengan penciptaan gadget-gadget terbaru. Aku dapat nih pun sebab terbaca surat khabar semalam. Memang musim pemilikan gadget tablet sekarng nih. Hasil dari evolusi penciptaan laptop, netbook dan sebagainya.
Kebanyakanya diusahakan oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkan barangan yang berjenama terkenal macam samsung, sony, dan macam-macam lagi.
Aku sebenarnya pun agak tertarik dengan kewujudan tablet gadget nih. Menarik, multifungsi dan mudah dibawa ke mana sahaja. Cewah.
Antaranya ialah:
Ipad 2
- reka bentuk lebih nipis berbanding i phone 4.
- dilengkapi kamera hadapan dan belakang bagi membolehkan pengguna berbual menerusi video.
- lebih pantas berbanding iPad generasi pertama kerana di lengkapi cip A5 (memaparkan kualiti grafik jauh lebih hebat.
- terdapat iMovie bertujuan untuk menyunting video dengan lebih pantas.
- antara aplikasi lain ialah GarageBand dan Hot Spot yang membolehkan pengguna mengakses internet menerusi talian tanpa wayar ke iPhone melalui hubungan telekomunikasi.
- lingkungan harga ialah AS$499(RM1,547) sehingga AS$829(RM2,570)
Motorola Xoom
- skrin defini tinggi (HD) bersaiz 25 sentimeter untuk memberi kepuasan paparan kepada pengguna.
- kamera di bahagian hadapan untuk perbualan menerusi video dan kamera 5 megapiksel yang mampu merakam video dalam bentuk HD.
- mampu menanggung kandungan video flash berbanding iPad.
- mampu bertindak sebagai kawasan tumpuan Wi-Fi bagi menghubunkan lima gadget lain kepada internet.
- dilengkapi Honeycomb iaitu satu versi android yang direka untuk skrin sesentuh lebih besra kepada tablet.
- turut terdapat gyroscope terbina dalam, barometer, akselerometer dan macam-macam lagi.
BlackBerry Playbook.
- skrin sesentuh berukuran 17.8 sentimeter, lebih kecil berbanding iPad yang bersaiz 25 sentimeterdan menggunakan perisian video Adobe Flash.
- pengguna blackberry boleh menyambung telefon pintar dengan playbook menggunakan Bluetooth untuk melihat email, kalendar,dokumen dan macam-macam lagilah..
- juga dilengkapi kamera hadapan dan belakang bagi menyokong video serta membolehkan penggunaan beberapa program serentak.




0 comments:
Post a Comment