Tuesday, March 1, 2011

Maaf..aku tak dapat tolong...sebab aku pun tak tahu..


Agghhh...Betapa panjangnya tajuk entri aku kali ni. Tadi. Kesian kawan aku. Sudah semestinya berkaitan dengan masalah yang dia hadapi. Balik je dari kuliah, dia tangkas mengambil posisi kat sebelah aku untuk meng'online'. Dengan harapan yang mungkin pada aku berbunga indah, terus layu di lautan madu. Sebab connection fail. Aduhai, kesiannya empunya badan. Dia adalah juga tanya aku. Dengan berharap yang aku dapat tolong dia. Tapi seribu kali malang, aku pun tak berapa arif pasal network nih. Kesian gak la dia. Mati kutu sekejap. Tambah pula dia tengok aku laju je meng'google' dan ber'facebook'. Lagi hangin lah dia aku rasa. Tapi aku pakai broadband. Itu suatu pengecualian berbanding dia yang guna LAN. Akhirnya, dia masuk bilik tido. Rasa bersalah bersarang gak la dalam hati aku. Tapi apakan daya. Maaf....aku tak dapat tolong...sebab aku pun tak tahu...

p/s : (-.+)

0 comments: