Friday, March 4, 2011

Tawaran Hebat Celcom.

Semalam. Ketika suasana agak sibuk di perbandaran. Kawasan pusat bandar yang menjadi tumpuan orang ramai menjalankan segala urusan berkaitan. Termasuk aku. Ni kira selepas aku teman member aku pergi beli barang. Masa aku nak pergi kat skuter emas aku, ada sorang brother ni bagi pamplet pasal celcom kat aku. Erm..celcom broadband. Memang tawaran yang menarik. Tapi sayang aku dah ada.

Kalau time dulu aku register kena bayar rm 100. Tapi sekarang, tawaran register serendah rm 75. murah lah jugak. Dari segi bayaran bulanan tetap sama. Untuk yang 384 kbps, kena bayar rm 48 sebulan. Kalau yang 512 kbps pulak, rm 68 sebulan. 3.6 mbps harga dia rm 98 sebulan. Tetap sama. Cuma yang kurang harga pendaftaran dia je. Tapi memang dari segi dasar promosi, harga bulanan memang murah. Tapi sebaliknya kita tak tahu. Aku sendiri yang pernah terkena.

Memang masa aku daftar tu aku kena register rm 100 dan bayar bulanan rm 48. Bagi aku tu kira mampu sikit la. Tambahan pulak Di zaman serba canggih nih, internet jalur lebar merupakan satu keperluan lah gamaknya. Lepas je aku daftar, aku terus boleh melayari penggunaan jalur lebar nih. Tapi pasal line tu kira kena sabar lah. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak. Tu tak pelah. Sebab sebelum nih aku pernah guna dah. Lepas tu aku terminated kejap. Ni kira aku guna broadband buat kali kedua. Apa yang aku tak puas hati tuh, dalam agreement diorang tak nyatakan langsung pasal pembayaran untuk penggunaan pertama kali.

Kira macam kalau kita guna masa bulan pertama tu kita kana dikenakan bayaran mengikut kadar yang kita guna. Masa tuh aku kena bayar adalah dalam seratus lebih. Memang kalau nak kira tak puas hati tu, memang lah. Tapi aku rasa macam kena tipu pulak. Tu masa first kita guna. Lepas tu, kita bayar ikut pakej yang kita ambil. Memang kalau kita lihat nampak macam tak de la berat sangat nak kena bayar, tapi sepatutnya mereka kena nyatakan dalam agrement atau masa nak beli tuh tentang sistem pembayaran pertama tuh. Kalau nak ikut kan banyak juga lah macam ada unsur-unsur penipuan.

Aku pun tak tau, aku sorang je ke yang kena. Tapi salah aku juga. Tak tanya pasal benda-benda macam nih. Nampak best je terus rembat. Tapi nak buat macam mana, aku pun tak terjangka benda-benda macam nih. Adoiyai. Kalau company celcom baca nih, mampus aku kena saman. Ish......


Antara pakej broadband yang ditawarkan celcom


Percuma modem.....


0 comments: