Thursday, March 31, 2011

Donat : Memang Sesuatu...


Huh...Segar gila siot. Baru tadi dapat mandi setelah sekian lama. Pagi tadi bukan aku tak nak mandi. Cuma air tak de. Kebetulan tadi rezeki aku, air tiba-tiba pulak baru ada. Baru bertenaga sikit aku nak buat entri mengarut yang terbaru nih. Ha89...Harap-harap tak.

Erm...Setelah diputuskan, aku nak post pasal cite donat yang aku tengok malam tadi. Tetibe pulak rasa lapar bila sebut pasal donat nih. Tak silap aku cite nih dah lama main kat astro. Aku dapat ni pun dari kawan aku jugak. Ni bukan cite pasal chef yang membuat donat ke apa. Tapi simbolik bagi sesuatu. Memang sesuatu pun. Ha89...



Cite nih berkenaan dengan komuniti lelaki lembut lah. Dalam cite nih mereka di simbolik kan sebagai donat. Bukan sebarang donat tau. Dunkin Donut lagi diorang nih. Aku pun hilang fokus jap bila asyik nengok diorang makan dunkin donat je.

Cite dia macam nih (Rajin pulak aku nak cite nih). Berkisar tentang pekerja-pekerja sebuah gedung perhiasan dalaman rumah, yang asyik mengutuk bos diorang sebab beliau berperwatakan lembut. Nak disedapkan cerita datanglah seorang perempuan nih minta keje. Adik dia nih pun spesies donat jugak la kira. Kalau donat berjumpa donat, jadilah dua ketul donat. Kah89...

Jadi adalah adegan-adegan yang klaka sikit lah bagi aku. Tapi tak ada babak yang tak senonoh tau. Cuma lakonan Sheila Rusli tu macam over sket. Tapi tak pe lah, sebab dia penerbit cite tuh. Mula-mula masa nyanyian sebelum cite tuh nak start aku dah nak gelak dah. Memang dah tergelak sakan pun. Norman Hakim yang badan tough tu boleh jadi lembut. Tapi tak brape menjadi sangat lah bagi aku. Si Fizz Fairuz pun sama. Donat yang tak brape nak jadi. Senang cite, donat expired.

Tapi cite nih bukan sekadar cite je. Ada gak moral value yang diorang nak cuba sampaikan kepada penonton. Kira bagus lah tu. At least, tak de lah kita tengok buta je. Well, memang sesuatu cite nih. Ha89....




p/s: Mana lagi sedap, big apple ke dunkin donut?

Wednesday, March 30, 2011

Kalau Lelaki Tak Mandi....


Ape korang rasa? Selalunya kalau lelaki tak mandi ni mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Kalau pendapat aku pulak mestilah aku di belah pihak lelaki. Lelaki kalau tak mandi pun orang tak perasan sangat. Biasalah tu kan. Lelaki ni hidup mereka memang simple.

Tak de lah rumit sangat sebenarnya. bagi diorang kalau keadaan mengizinkan, mandilah mereka. Kalau tak, buat rilex sudah. Tapi betul ke teori aku nih?




Tak jugak sebenarnya. Di era urbanisasi yang lagi canggih nih, wujudnya lelaki metroseksual yang mana golongan sebegini amat menitik beratkan kebersihan dan penampilan diri. Kira mereka mengangkat taraf penampilan yang bersih setanding dengan kaum wanita. Perlu ke?

Bagi aku no komen. Tak salah pun sebenarnya. Tapi kalau berlebih-lebihan sampai nak menyerupai kaum hawa ni pun tak boleh jugak. Kena bertempat beb. Lagi pun dalam islam sendiri pun menuntut kita agar sentiasa mengamalkan kebersihan.

Bagi lelaki metroseksual nih, kalau boleh diorang akan mandi selagi perlu. Dalam erti kata lain, kalau boleh mesti dua atau tiga kali sehari. Normal lah tu kan. Tapi kalau lelaki konservatif ni lain sket. Kira nak kata kat sini jenis lelaki sempoi lah. Aku rasa kalau macam diorang nih sekali atau dua kali mandi tu pun dah cukup.



Tu pun mungkin dua tiga minit je mandi. Erk. Mungkin je lah. Berbeza ngan yang si lelaki metro, kalau selagi tak puas hati, selagi tu lah berjam-jam duduk dalam bilik air. Masalahnya kat sini perlu ke? Terpulang kepada hak individu masing-masing. Kita kan duduk di negara yang berdemokrasi. So, selagi tak mengancam keselamatan awam, tak pe kot.

Tapi apa pendapat orang perempuan dengan lelaki yang jenis macam nih. Nampak sangat over mengalahkan diorang sendiri kan. Come on lah. Macam yang aku cakap tadi, kita kan bebas nak melakukan apa sahaja selagi tak mengganggu tata susila sebagai rakyat Malaysia yang berhemah. Tapi kalau boleh yang lelaki ni pun beragaklah jugak. Jangan buat sampai orang meluat sudah....



Tuesday, March 29, 2011

Entri Edisi Banjir.

Pertama sekali aku nak cakap belajarlah bersyukur dengan segala nikmat kurniaan yang tuhan berikan. Peghh...Alim skit aku kali nih. Akibat dari hujan yang turun mencurah-curah tak berhenti-henti, tempat yang aku bermastautin sekarang nih semakin dinaiki air. Ataupun nak banjir lah senang cite. Dan aku rasa sememangnya dah banjir.

Kejadian silam terulang lagi. Itulah kan. Perubahan cuaca dunia yang semakin menyulitkan dan tidak teratur. Tapi redha je lah dengan segala ketentuan Ilahi. Kerana Dia lagi maha mengetahuin tentang apa yang terjadi.

Jadi apabila terjadinya banjir, sedikit sebanyak diri aku ni pun terkesan lah jugak. Baru lah dapat merasa bencana yang menimpa walaupun tak seteruk mana. Kesan dari banjir nih selalunya lebih kepada ketirisan keperluan asas yang semakin meruncing. Bila time sejuk macam nih perut akan sentiasa berdondang sayang minta diisi. Dan waktu macam ni lah makanan yang sebelum nih berlambak kat koperasi, akan habis dengan cepatnya.

Nasib baik aku dengan kawan-kawan serumah dah prepare awal-awal semalam. Lega lah sikit. Tapi bukan bermasalah dengan bekalan makanan je. Air pun sama. Yup. Bekalan air bersih. Pagi-pagi buta lagi pihak pengurusan dah buat pengumuman tentang penutupan bekalan air bersih. Adoyai. Agak terasa jugak lah di situ. Mana taknya. Antara air dengan elektrik, aku lebih rela pilih air. Metsi semua setuju dengan pendapat aku kan. Aku yang plan tak nak mandi hari nih pun terpaksa berebut-rebut dengan yang lain. Berebut nak mandi sebab takut tak de air buat selama-lama lah gamaknya. Bapak mengarut. Huh.

Tapi yang best kelas untuk hari nih semua cancel. Dah mula lah kepala otak aku nih yang plan nak tido sehari suntuk. Best kot. Memang cun tido time-time hujan nih. Atau dalam istilah biologinya berhibernasi macam beruang kutub. Ceh. Apa punya perlambangan lah ni.

Akhirnya dapat lah jugak aku nak merasa suasana banjir. Lepas makan tengah hari je tadi, kitorang pun berhentilah main air dekat tepi jalan. Sambil tu ada lah jugak kitorang bergambar dan video cam sikit-sikit sebagai kenang-kenangan. Kenang-kenangan lah sangat. Nak tengok balik pun segan. Dah tak macam serupa orang dah aku tengok. Tapi best jugak lah. Mungkin sebab aku tak pernah merasai suasanan macam nih kot.

Gambar tak sempat nak upload. Just imagine sendiri je lah kejadian di atas.

Sekian sahaja untuk edisi banjir versi aku. Renung-renungkan dan selamat beramal. Hu89...

p/s: Mood : Online atas katil je nih.

Banjir dah mai dah....


Gambar dari google image.


Pastikan Aku Tersenyum Riang...




Fuh...Lepas satu beban. Seronok gila hati aku. Balik dari kelas pun masih tersenyum sorang-sorang. Memang macam tak tentu arah lah senang cite. Ni kes pasal nak cari tempat untuk LI lah ni. Bayangkan kawan-kawan aku semua dah dapat tempat nak buat praktikal bulan lepas lagi. Tinggal aku sorang je.

Bila tengok masa yang diorang bagi tu dah nak habis, aku pun kelam kabut lah pergi google sana sini. Sebelum nih bukannya aku tak pergi cari pun. Cuma mungkin tak ada rezeki kot. Tu la pasal. Tak nak buat awal-awal. Yakin lah kononnya yang mesti ada lagi tempat. Alih-alih bila telefon, semua company cakap dah penuh. Hidapkan kek kau. Ha89....

Ikhtiar terakhir aku adalah dengan buat replacement dengan kawan-kawan aku yang lain. Sebelum nih ada jugak member-member yang offer tempat yang diorang ada untuk aku replace. Masalahnya aku sendiri yang buat masalah. Demand lebih. Tak nak pergi tempat jauh-jauh. Ceh.

Ye lah. Macam mana lah aku tak tolak. Bayangkan tempat yang diorang nak kasi aku tuh kat Johor lah, Kuantan lah. Aku kalau boleh nak buat kat depan rumah aku je. Kah89....Akhirnya ada juga tempat yang sesuai dengan cita rasa aku. Huh. Company tu pun kata ok. Kira aku boleh replace. mau tak seronoknya aku.

Dan kelmarin baru lah aku dapat surat conformation dari company tu yang kata aku diterima untuk buat praktikal. Seronok gila bai. Kira aku terselamatlah dari promosi lelongan oleh CIC (CIC state for what??...Entah aku pun tak tahu).

p/s: Tempat adalah rahsia.....

Kalau Dah Macam Tu Nak Buat Macam Mana..

Mak ai...Apo ko panjang bona tajuk den nih...Begitulah gamaknya kalau dah berhari tak update blog...minggu lepas memang sibuk memanjang...jadi di kesempatan yang ada ni aku gunakan untuk mengarut sekadar membuang waktu...mata pun tak mahu lelap lagi nih...

Cuaca hari nih memang best...hujan sehari suntuk...sampai kelas pun aku ponteng. Punya lah best tak bestnya hari nih, aku tido sampai tiga kali kot. Yelah. Dah hujan memanjang. Memang suasana yang ideal kalau nak membuta. Bak kata orang dulu-dulu, kalau mengantuk pergi tido...erk..silap sudah...orang mengantuk disorongkan bantal lah gamaknya. Bosan sehari suntuk tak tau nak buat apa.

Study? Ghentikanlah. Kalau 15 minit pertama tu mungkin ye lah kot. Line internet pun tak ada sangat hari nih. Kawan aku pun bosan kata dia. Sian. Ceh. Simpatilah sangat. Dia layan cite oggy and cockroach tu tadi. Walhal dah berkali-kali dia tengok cite tuh kalau tak silap aku.Kalau tengok dia tergelak sorang-sorang tuh maknanya tengah layan cite tu lah. Tak ade benda lain lah yang dibuatnya.


oggy and the cockroach....

Aku pun tak tau lah apa yang bestnya cite tuh. Plot cite dia cuma pasal kucing yang dengki kat lipas. Terkesima jap aku. Logik ke? Nak kata klaka tu bagi aku tak tau lah. Mungkin tak kena ngan jiwa raga aku kot. Tapi kalau setakat nak layan cite kartun bisu nih waktu bosan boleh lah.


Family guy.

Itulah kawan serumah aku yang sem nih. Itu belom tengok kawan aku yang sem lepas lagi. Dia tu pun gila kartun gak tuh. Sem lepas aku pun join jugaklah dia layan cite family guy. Bile time kitorang makan je kitoarang tengok cite tuh. Bila tengok cite tuh je kitorang makan. Ha89..Ape ke pelik benor bunyi nye tuh. Tapi bagi aku cite family guy ni kandungan dia tak sesuai untuk tontonan budak-budak bawah umur. Sebab? Ada unsur-unsur yang tak sesuai untuk kanak-kanak lah senang cite. Tu lah bahayanya kan. Jangan sangka budak-budak boleh tengok semua cite kartun. Kena tapis dulu sebelum bagi diorang tengok.

Ini tak. Asal cite kartun je, bagi je diorang tengok tanpa usul periksa. Itu lah doktrin barat sebenarnya. Erm...habis dah melalut nih. Tu je kot aku nak cerita buat masa nih. Selamat malam.

p/s : Hamek ko. Berterabur gila ayat aku.



Monday, March 21, 2011

Amanat Seorang Kawan.

Masa melepak-lepak dengan kawan-kawan aku tadi kitorang cuma berborak kosong sambil makan cendol. Saje-saje melepaskan lelah di kala mahu balik ke rumah. Kalau balik awal pun bukannya boleh buat ape. Balik-balik paling koman pun mesti menghadap lap top. Itu lah rutin aku.


Dari sekadar berborak-borak pasal tempat untuk praktikal, tiba-tiba lak kawan aku cite apa yang akan kitorang buat. Habis grad, mesti kerja. Pas tuh kawen. Sempat lagi ingatkan kitorang supaya jemput dia datang nanti.

Bunyi memang macam touching sket. Sempat jugak dia ingatkan supaya kitorang still keep in touch. Jangan lost contact. Ha89. Sedey pulak. Tak sangka wa yang hati keras ni pun, rupa-rupanya dalam hati ada taman jugak. Memang itulah amanat dia. Amanat dari seorang kawan.

Sekurang-kurangnya ada lah jugak dia fikirkan macam tuh. Aku? Her..Haram...Ha89....

Eksiden Punya Cerita


Malam hari tuh. Walaupun kepenatan balik dari tengok pertandingan debat, aku gagahi juga diri aku nih pergi stadium. teman kawan aku si sorang nih. Sibuk sangat nak tengok khemah rumah sukan. Aku pun tak tahu lah apa yang diheboh sangat nak pergi situ. Tak tau lah kalau dia yang support sume bajet nak decorate khemah tu.

Aku pun dengan rela hati pergi lah. Mengenangkan kawan sebilik sendiri. Kalau tak temankan tak best pulak. Lagipun boring gak duk umah. Sebelum pergi tuh aku plan ajak kawan-kawan serumah aku yang lain pergi KFC. Mengidamlah gamaknya.

Aku suruh lah member-member yang lain pergi dulu. Janji yang akan datang kemudian sebab nak pergi stadium dulu. Kira macam on the way tu, tiba-tiba lak ada eksiden. Tapi dah berlaku lah. Kitorang pun gatal-gatal pergi tengok. Ni eksiden antara bas dan motor.

Maklumlah kan. Manusia kan penuh dengan sifat igin tahu. Jadi, parking je kereta terus pergi ke tempat kejadian. Mangsa dah arwah time tu. Budak sekolah tingkatan tiga kalau tak silap aku. Itu pun hasil dari ramah tamah orang kampung yang ada kat situ. Padahal kawan aku tu yang sibuk tanya.

Kitorang pun pergi lah kat tempat budak tu terbaring. Masa tuh budak tuh dah nak kena tutup dengan plastik hitam. Time nak pergi dekat je aku dah rasa semacam dah. Bau yang tak selesa yang aku pikir bau darah. Jadi aku batalkan niat aku yang gatal-gatal nak pergi tengok mayat tu secara dekat.

Kawan aku tuh memang berani sket. Sampai dalam trak polis tu pun dia tengok. Pas tuh sibuk lah cerita kat aku keadaan mangsa tuh. Aku tak selesa terus ajak dia pergi stadium sebab aku ni lemah semangat sket alau pasal benda-benda macam nih.

Dari apa yang aku dengar, ini macam kes langgar lari. Tak tau sape betul sape salah. Budak tuh tak berlesen dan tak bertopi keledar. Memang menyayat hati. Sian kan. Mati muda.

Ada jugak aku terbaca cite pasal kemalangan nih kat Harian Metro. Harap semua selesai dalam keadaan baik dan arwah dirahmati Allah. Insya allah.

p/s: Mengingatkan aku supaya berhati-hati ketika berada kat atas jalan.