Saturday, May 28, 2011

Kau Suka Coklat ? Baca Nie ! !

Aku terjumpa fakta pasal coklat. Sebab aku pun suka mentekedarah benda alah nih, jadi aku kongsi dengan peminat coklat tentang manisan terulung nih.



1) Merupakan minuman orang Aztecs. Coklat dijadikan minuman sejuk oleh orang Aztec, yang diperbuat daripada koko kekacang. Dan perempuan tak dibenarkan meminumnya ? ? ?




2) Ia lebih berharga daripada emas ? ~ Semasa Cortes menakluk Aztecs pada tahun 1520, dia menemui koko lebih berharga daripada emas. Betul ke?




3) Diberi nama bermula pada kurun ke-17 ~ perkataan coklat pertama digunakan oleh Inggeris pada 1604.




4) Membantu menemukan muzium British. ~ Mitos mengatakan yang British Musium terhutang dengan kewujudan coklat. Ini berdasarkan koleksi peribadi oleh Hans Soane, orang yang telah mencipta susu coklat.




5) Coklat bar merupakan hasil ciptaan orang Inggeris. ~ Dicipta oleh JS Fry dan Sons of Bristol pada 1847. Tak tahu? Pergi google.




6) Telur termahal ? ~ Apa kaitannya ? Tahun lepas kebanyakan coklat termahal berbentuk telur telah dislauti dengan lebih 100 berlian dan dibuat khusus untuk La Maison du Coklat dengan tanda harga 50,000 euro tuu..




7) Pengesahan Di Raja. ~ Pada tahun baru 1900, Ratu Victoria menghantar lebih 100,000 coklat sebagai hadiah persendirian kepada tentera yang berjuang pada perperangan Boer.




8) Kegilaan orang Britain. ~ Secara purata mereka yang tinggal kat UK, tak kira lelaki, perempuan atau kanak-kanak membelanjakan sebanyak 1 euro seminggu semata-mata untuk coklat. Gilak ahh....




9) Kesukaan Elvis. ~ Antara makanan terakhir Elvis Presley ialah 4 skop aiskrim dan enam biskut coklat cip. Fuh..




10) Coklat yang terpilih. ~ paling popular untuk Hari Easter. Baik bagi nama hari coklat je.



pencinta coklat,

0 comments: