Pagi tadi. Sebaik sahaja aku online, ada lah dua tiga orang kawan aku chatting ngan aku. Maklum la. Mungkin rindu sangat lah gamaknya. Isu? Macam biase. Memandangkan baru seminggu kitorang berpraktikal kat syarikat pilihan sendiri, dah tentulah cite pasal hal-hal praktikal.
Ye la. Tanya pasal tempat praktikal ada bagi PC ke tak. Tanya pasal ada awek cun ade tak. Balik pukul brape. Dan banyak lagi. Tapi yang buat aku peliknya, masa chat tadi diorang tanya aku keje ke tak hari nih.
Ape ke pelik punye soalan da. Dah tu semua tanya benda yang sama lak tu. Hari nih kan hari sabtu. Cuti lah. Yang kau gatal-gatal nak pergi keje sape suruh. Tetibe lak yang aku teringat. Tak semua syarikat mempunyai waktu operasi yang sama.
Ada yang hari sabtu pun masih buka lagi. Kesian. Nasib baik aku praktikal kat tempat kerajaan. Hari sabtu cuti kat sini. Kawan-kawan aku ada yang dapat tempat swasta yang dah tentu waktu kerja memang entah ape-ape entah.
Kepada kawan-kawan aku yang skype dan Gtalk aku tadi, kalau korang tengah kerja aku harap korang dapat hadapinya dengan hati yang tabah. Sekian....
skuter emas





0 comments:
Post a Comment