Erm...Asal tajuk post aku nih macam skema. Tak pe. Hari nih hari sabtu. Jadi ada kena mengena sket tu kira ok lah. Perancangan? Aku bajet nak duduk rumah je layan cite korea. Jangan gelak. Aku ni universal.
Semua cite aku nengok. Jadi, aku tak diskriminasi. Tapi aku pun geli jugak bila tau lelaki suke tengok cite korea. Itu lah prespektif pertama aku. Tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri, hamek ko.
Tapi memang layan abes siot. Best tahap gaban. Tapi cite yang aku tengok ni mula-mula memang cam babun sket. Tapi lama-lama best pulak. Itulah kan. Jangan menilai buku dari kulitnya secara konklusi.
Cite ape aku tengok? Tajuk cite yang aku tengok nih tajuk dia Secret Garden. Ada 20 episod. Setiap episod durasi dia sejam. Belum abes separuh aku tengok dah macam dapat feel yang aku jadi pelakon dalam cite nih.
Memang tabik la aku kat diorang. Orang korea nih memang pandai buat cite. Jadi tak heran lah kalau ramai budak pompuan suke tengok cite korea. Bukan setakat meletakkan harapan kat pelakon-pelakon yang ada rupa. Tapi plot cerita pun pandai diorang olah.
Melalut lebeh-lebeh pulak nih. Jadi, apa yang aku nak simpulkan kat sini, abeskan hujung minggu secara berhemah. Dan buat benda-benda yang berfaedah. Jangan buat benda yang tak tentu hala dengan menyusahkan diri engkau dan orang lain.
p/s: Kredit kepada syikin pendek sebab sudi bagi cite kat aku....(-.+)
skuter emas





0 comments:
Post a Comment