Tajuk je dah gempak. Tapi ini bukan bersempena dengan kempen alam sekitar. Sebab aku pun bukan seorang aktivis. Hari ni aku masuk hutan. Tapi nak kata hutan pun tak jugak. Lebih kurang macam kebun getah pun ada.
Nak kata best tu tak de lah sangat. Sebab aku memang pernah jugak masuk hutan. Jadi aku tak nampak sebab utama kenapa aku perlu jadi jakun hari nih. Jadi dengan perawakan selamba yang ada, aku ikut je diorang.
Sebenarnya aku telah di arahkan oleh supervisor aku untuk join technical assistant pergi ambil sampel kayu getah kat dalam hutan. Bila mula-mula dengar tu terkejut jugak. Tapi aku buat selamba je.
Sampel ni lebih kepada untuk penyelidikan oleh penyelidik FRIM sendiri. Ada jugak bahagian untuk pelajar praktikal macam aku.
Kira ok lah jugak. Asyik terperuk dalam makmal je. Sesekali dapat keje kat luar kira ok lah tu. Dapat jugak cuci mata kat tempat orang. Tempat yang aku kena pergi tu sebenarnya kat RRIM. RRIM tu kalau tak silap aku maksudnya Rubber Research Instituition Malaysia kot.
Aku dibawa oleh diorang pergi ambil kayu yang nak kena potong tu jauh kat dalam hutan. Masuk dalam tu pun naik lori. Memang patut naik lori pun. Jalan tak berapa nak elok sangat.
Aku ade gak tanya diorang, nape nak kena ambik jauh ke dalam hutan. Ambi dekat kawasan luar ni tak boleh ke. Diorang kata tak boleh. Sebab itu bukan diorang punya. Ada jugak diorang cerita yang kawasan tu akan dilapangkan untuk dijadikan sebabagi putrajaya kedua.
Tak tau lah betul ke tak. Aku dengar je. Mungkin betul mungkin tak. Sampel yang perlu diambil tu adalah dalam 15 batang dengan ukuran 2 kaki setiap satu. Berat ya amat. Memang habis kalori nak mengangkat. Tapi nasib baik ramai yang pergi. Adalah dalam 10 orang.
Aku hanya tolong diorang pindahkan kayu yang dipotong ke dalam lori. Urusan pemotongan tu diserahkan kepada yang pakar. Aku hanya tengok je kalau tak de apa nak buat.Tapi makan pagi ngan tengah hari di sponsored. Jadi kira ok la tu bagi aku.
Kat sini aku dapat simpulkan yang aktiviti luar macam nih agak membantu jugak lah dalam praktikal aku nih. Boleh aku cakap yang nih menunjukkan yang aku terlibat dalam projek aku secara keseluruhan dari A sampai Z.
Bermula dengan pengambilan sampel mentah ( dari pokok kayu) hinggalah ke penganalisaan kandungan gula dalam kayu sebagai contoh.
Gempak kan???
Ha89...
yang mengarut,




0 comments:
Post a Comment