8 Mei 2011. Ini merupakan tarikh sambutan untuk Hari Ibu kat Malaysia. Kat negara lain? Kalau tak silap aku setiap negara sambutan hari diorang berbeza-beza. Ada sesetengah negara sambut Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun.
Ini pun aku baru dapat tahu pagi tadi sebab ada orang share pasal Hari Ibu ni kat Facebook. Kalau ikutkan apa yang aku baca nih, Hari Ibu nih sebenarnya berasal dari Greece. Mereka sambut sebab untuk tujuan ibadat sempena musim bunga ke ape entah.
Dan ia terus menjadi budaya untuk agama Kristian dan Yahudi. Terdapat jugalah beberapa kronologi yang menceritakan usaha-usaha mereka nih nak menjadikan sambutan Hari Ibu sebagai perayaan yang perlu di sambut di seluruh dunia.
Pendapat aku? Erm..kalau nak diikutkan memang kewajaran untuk kita sambut hari ibu perlu untuk menghargai pengorbanan mereka yang tak ternilai. Jadi kita tunjukkan lah penghargaan kepada mereka setiap masa. Tak kira waktu, situasi dan tempat. Itu lebih membuatkan mereka rasa dihargai.
Tapi terpulang kepada individu masing-masing untuk mentafsir tentang sambutan hari ibu nih. Asalakn tidak bercanggah dengan akidah dan tatasusila ketimuran kita sebagai rakyat Malaysia. Jadikan janganlah kita spesifikkan hari-hari tertentu untuk kita menghargai ibu kita.
Tunjukkanlah kasih sayang kita setiap masa selagi mereka bersama kita. Sekian sahaj dari pihak penaja.
Aku nak ambil kesempatan juga untuk ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibuku..Rahimah Binti Abdul Raus. Pengorbanan mu terhadap ku tak mampu ku balas. I love you so much, mom.
Salam sayang buat ibuku,
dari,




0 comments:
Post a Comment