Tadi. Sedang leka aku dok google kat internet aku terjumpa satu istilah yang agak unik. Mungkin aku ada terjumpa istilah tu sebelum ni tapi aku terlepas pandang kot.
" Neomaskulin".
Kalau maskulin tu pernah lah aku dengar. Tapi Neomaskulin tu aku ta berapa nak familiar sangat. Apa yang aku dapat rumuskan Neomaskulin nih lebih kepada nilai peribadi seorang lelaki.
Maksudnya aku rasa nilai-nilai terpuji dan positif. Sesuai dengan peraliran zaman globalisasi sekarang. Kalau rupa je bagus, tapi perangai macam langsuir tak guna gak. Perangai mestilah seindah rupa.
Kalau tak de rupa pun perangai mesti elok.
Ciri-ciri dia aku kongsikan kat bawah ni : ~
Ciri lelaki neomaskulin pertama: Berfikiran global
Kelompok lelaki neomaskulin tidak menghiraukan batasan kemanusiaan yang bersifat jumud dan bercorak pengasingan semata-mata. Oleh sebab itu, mereka mampu menerima pandangan orang lain yang ikhlas dan mendengar kritikan terkawal demi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat, hari ini dan pada masa hadapan.
Ciri lelaki neomaskulin kedua: Pandai menilai
Sang neomaskulin pandai menilai situasi dan hati budi orang lain di sekeliling mereka. Mereka lazimnya tidak terlalu cepat melatah dan membuat kesimpulan yang membabi buta tentang orang lain. Pada masa yang sama mereka juga harus selalu menilai kemampuan dan kelemahan diri, demi proses penambahbaikan berterusan.
Ciri lelaki neomaskulin ketiga: Memberi dan menerima
Sebagai sang neomaskulin, anda perlu menjadi seorang lelaki yang bersifat pemurah dan dapat mengimbangi di antara memberi dan menerima (sambil memberatkan usaha untuk memberi kepada orang lain daripada menerima saja). Usaha ini perlu diterapkan di dalam semua aspek kehidupan anda sebagai lelaki neomaskulin dunia pascamilenium.
Ciri lelaki neomaskulin keempat: Sentiasa berdaya saing
Persaingan yang sihat dapat memastikan kelompok lelaki neomaskulin tidak kekal dalam kedudukan statik dan terlalu cepat gembira dengan segala yang telah mereka usahakan. Proses penambahbaikan dalam menjalankan tanggungjawab seharian menjadi teras hidup lelaki neomaskulin pascamilenium.
Ciri lelaki neomaskulin kelima: Punya nilai feminin positif
Ini bukan bermakna setiap lelaki neomaskulin harus memakai baju kurung, pakaian dalam wanita dan mengenakan gincu. Nilai feminin positif seperti lemah-lembut, bantu-membantu dan banyak lagi harus dicontohi, supaya lelaki tidakkan pupus. Pastikan nilai feminin negatif seperti rajin bergosip dan mengata orang tidak pula menjadi ikutan!
Ciri lelaki neomaskulin keenam: Sifat empati yang tinggi
Nilai empati membantu sang neomaskulin merasai apa yang dirasakan oleh orang lain di dalam ruang hidupnya. Jika semua manusia di muka bumi ini mempunyai nilai empati nescaya dunia kita akan menjadi lebih aman serta sejahtera. Empati juga membantu lelaki neomaskulin menjadi manusia yang memiliki kompas moral peribadi.
Ciri lelaki neomaskulin ketujuh: Rasional dalam tindakan
Antara sifat lelaki prasejarah yang bersahabat dengan dinosaur adalah mereka sering panas baran. Sang neomaskulin sentiasa belajar untuk menyemai sifat sabar dalam dirinya agar dia dapat lebih rasional dalam tindakan. Nescaya ini akan membantunya dari segala segi terutama di dalam perhubungan dengan orang lain.
Ciri lelaki neomaskulin kelapan: Mahu memajukan diri
Jika kita mahu maju, kita tidak harus cepat menolak peluang yang diberikan dan kita juga harus bijak dalam mencipta peluang baru. Oleh sebab itu, sang neomaskulin tidak cepat berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini dan dia sentiasa mahu menghadapi cabaran baru yang lebih sukar.
Ciri lelaki neomaskulin kesembilan: Tidak cepat mengalah
Sifat cepat mengalah menandakan personaliti yang lemah dan itu bukan seorang individu yang mampu memikul tanggungjawab. Sang neomaskulin tidak akan cepat mengalah dan menyerahkan segalanya kepada takdir. Pepatah berpantang maut sebelum ajal menjadi cogan kata hidup lelaki neomaskulin pascamilenium.
Ciri lelaki neomaskulin kesepuluh: Sentiasa belajar dan menimba pengalaman
Ini adalah kriteria utama yang akan menentukan sama ada anda seorang neomaskulin atau tidak. Kemampuan belajar dan menimba pengalaman serta meminta pendapat orang lain dengan rendah diri (walaupun daripada wanita atau kanak-kanak) memastikan sang neomaskulin tidak pupus atau mati ketika sedang hidup, asalkan dia tidak pula menjadi angkuh, bongkak atau sombong bila ilmu penuh di dada kelak!
p/s: sumber ni aku dapat dari yang boleh dipercayai. Sekadar berkongsi..
yang berkongsi,