
Pagi yang cerah, tidak lagi segelap yang selalu aku nyanyikan. Masih tewas dengan azam untuk bangun seawal mungkin pada hari cuti. Namun, itu merupakan kebiasaan bagi kami semua (kawan-kawan la tu..) atau aku seorang je. Kebosanan melanda seperti cuti-cuti yang lepas. Hanya rutin mingguan sebagai peneman. Memang itu tak dapat nak dielakkan. Lagu Dato' Siti lah yang menjadi halwa telinga sebagai pembakar semangat untuk memulakan hari dengan penuh cergas. Program? Memang ada seperti yang telah dirancang. Tapi sebab bangun lambat, kemalasan menjadi alasan terbaik untuk menyelamatkan diri dari pada turut serta. Gerakan tangan yang selari dengan percubaan minda untuk terus mencurahkan idea-idea yang patut aku tulis untuk pagi ni. Sekadar memastikan blog terisi dengan entri yang baru. Mungkin lagi segar. Sesegar aku yang baru bangun dari tidur. Tapi nampak macam tak menjadi pulak. Mungkin setakat ini yang termampu. Sekian.....
Friday, February 18, 2011
Sabtu
Posted by flister at 6:17 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment