Friday, February 25, 2011

Pilihan Raya Kampus : Sulit Lagi Menyulitkan.


Semalam. Musim PRK (pilihan raya kampus) seakan menjadi wabak kepada semua mahasiswa di Malaysia. Atas nama demokrasi terpimpin, pemilihan konstituensi di beri kepada pelajar bagi mewakili suara mereka untuk suatu perubahan yang lebih baik dalam institusi masing-masing. Fenomena macam ni masih baru lagi kat tempat aku. Sambutan yang krang menggalakkan dari segi pemerhatian yang aku buat dapat dibuat ketika berlakunya rapat umum atau manifesto. Tak ramai pelajar yang turun untuk mendengar manifesto para calon. Termasuk aku. Tapi atas desakan rakan-rakan, aku pun turun. Sekadar untuk mendapatkan gambaran jelas tetntang proses sebenar sepanjang pilihan raya dijalankan. Bagi aku semua calon mempunyai potensi secara individu. Adoi. Skema la pulak ayat. Sudah semestinya dalam apa jua program, mesti berlaku pelbaga kesulitan yang tak diduga. Kat sini lah baru boleh kita nilai sejauh mana kecekapan para pegawai PRK sendiri dalam menangani permasalahan yang timbul. Pembuangan undi secara online kat tempat aku merupakan pilihan pihak universiti, dimana pada pandangan aku memudahkan diorang dalam proses pembuangan undi itu sendiri. Tetapi, mereka tidak membuat penilaian terlebih dahulu akan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi seperti kelancaran trafik internet itu sendiri. Internet yang lembap, memaksa para pelajar membuang masa berjam-jam. Proses pembuangan undi yang sepatunya menjadi mudah bertambah menyulitkan para pelajar. Aku yang mendaftar sebagai pengundi pada pagi tu dapat mengundi hanya selepas aku habis kuliah pada waktu petang. Itu pun lepas kena tahan. Aku tak dapat buang undi pada pagi tu sebab masalah internet yang lembap macam hawau. Tunggu punya tunggu, akhirnya kena pergi mengundi tempat lain. Atas faktor-faktor yang sesuai diterima dek akal, aku sepakat malas nak pergi. Sebab sistem pengurusan yang tidak cekap. Jadi tak hairanlah kenapa yang turun mengundi tu sikit. Hai...................

0 comments: