Monday, February 28, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


10 Mac 2011. Dikhabarkan pada tarikh ni lah cerita yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem tempatan akan ditayangkan. Insya allah. Trailer file arahan KRU ni memang cukup membuatkan aku turut sama melompat-lompat untuk menjadi orang pertama yang menonton filem setaraf hollywood ni. kebanyakan respon orang ramai berkenaan dengan trailer filem nih cukup positif. ini boleh membuatkan KRU menarik nafas lega dengan respon sebegini. Memang tak dinafikan KRU sering membawa naskah yang berinovasi dalam industri perfileman Malaysia. Usaha yang macam ni lah yang sepatutnya kita banggakan. Itu dari segi publisiti. kalau tak silap aku lebih daripada 20 buah negara telah mengambil filem kita ni untuk ditayangkan di negara diorang. Bangga siot. Ini merupakan titik tolak bahawa hasil karya negara kita turut diminati oleh orang luar. Filem epik macam ni memang merupakan kegemaran aku. Dari segi pelakon pulak, semua nya bukan calang-calang orang. Ada gak pelakon luar yang turut memainkan peranan dalam cite nih. Mereka merupakan pelakon-pelakon yang mendapat tempat di hati peminat-peminat tempatan. Yang penting umi nazeera ada. Aku suka sama kamu..ha89.





alahai cik nin..ha89

0 comments: