Salam dinihari. Awal aku bangun pagi ni. Semata-mata nak main farmville. Sambil main tu aku pun cuba untuk buat post yang baru. Kali ni entri aku lain sikit. Ni pasal grooming. Apa yang aku buat waktu pagi. Selepas mandi lah kiranya.
Grooming? Aku pun sebenarnya tak lah berapa tahu sangat pasal grooming ni. Kira lebih kepada penjagaan penmapilan diri. Mungkin berkenaan dengan kebersihan diri. Sebagai contoh, cuci muka.Kalau aku selalunya cuci muka selepas bangun tido dan waktu nak mandi malam tu. Itulah kebiasaan yang aku buat.
Selepas cuci je muka, aku akan sapu toner. Kegunaan? Toner ni fungsi dia macam mengecilkan lubang pori yang ada kat muka kita. Kalau lepas picit jerawat, pasti akan meninggalkan kesan seperti rongga kecil. Jadi, masa nilah kita nak gunakan toner.
Dan akhir sekali baru aku sapu mosturizer atau pelembap. Pelembap ni bukan hanya untuk melembapkan muka je, tapi ada fungsi lain jugak sebenarnya. Pelembap yang aku pakai ni ada spf 20. Fungsi spf 20 ni adalah menahan sinaran uv di muka kita. Kira macam penapis la. Memandangkan cuaca kat sini memang panas, jadi penting sangat lah pakai pelembap yang ada spf 20.
Dan produk yang aku paling gemar pakai ialah lo'real for men. Memang aku sebati dengan jenama nih. Lagipun kulit aku memang sesuai dengan lo'real. Bagi aku penjagaan diri ni penting. Bertujuan untuk keselesaan diri.

Ini toner yang aku selalu pakai.
Yang jenis ni ada spf 20. Tengok kat botol ni. Ada dilabelkan.






0 comments:
Post a Comment