Monday, February 21, 2011

Akhirnya, ini yang aku buat..

Aku telah berjaya menjadi seorang freelance designer yang tak bertauliah. Apakah perkaitan yang aku cuba timbulan kat sini? Ini merupakan kesinambungan Hikayat Pangeran Muda...Erk. Bukan. Ini langsung tiada kena mengena dengan cerita penglipur lara atau dongeng lagenda. Aku saja je nak tunjuk kat sini hasil design yang aku buat untuk kelab aku. Aku telah diamanahkan untuk buat poster untuk pertandingan debat alam sekitar. Kira macam aku masuk pertandingan buat poster lah ni. Al-kisahnya, aku memang bukan lahir dari keturunan seniman atau apa pon. Bab nak lukis atau mereka bentuk ni bukan merupakan kepakaran malahan itu merupakan perkara terakhir yang akan aku buat. Walaupun aku pernha mengimpikan untuk menjadi seorang pelukis sehebat Plato. Aku telah disuruh atau pun di'kena'kan untuk menyiapkan atau mengambil tugas ni. Tapi aku ok je. Komitmen punye pasal wa cakap lu. Tapi memang senang nak amek tanggungjawab tu. Cuma nak laksanakan tu yang susah. Memang berasap kepala nak memikir idea yang sesuai untuk siapkan poster ni. Ada juga lah aku suruh si polan tu minta tolong bagi pendapat yang bernas. Tapi, hampes. Terpaksa lah juga aku menggunakan otak aku yang satu ni untuk menyudahkan benda yang memang tak kan keluar dalam final exam. Tapi aku buat dengan ikhlas kot. Dengan setulus hati. Ye la. Kalau kita buat dengan hati yang tulus, nescaya hasilnya akan memuaskan hati kita sendiri walaupun tak sehebat mana. Itu teori aku. Jadi nak kata dah siap tu tak lah. Cuma nak kena edit barang sejemput dua. Bila aku tanya member-member, diorang kata ok, boleh tahan. Tapi tak tau la, ikhlas ke tak. Bersangka baik je la. Sekali tengok macam lukisan budak-budak pun ada kot. Erm...nasib badan.





Yang ni versi cuba-cuba.


Selepas ditokok tambah. Sikit je pun.

0 comments: