Monday, February 21, 2011

Petang aku bersama Farmville dan Cityville.

Boleh tahan panas petang ni. Memang cuaca di negeri Indera Kayangan ni bahang. Tak hairanlah kalau kulit makin legam. Tapi itu sudah menjadi kebiasaan. Apa taknya. Dah tiga tahun aku bermastautin kat negeri ni. Balik tadi pun aku main redah je. Sempat juga la hantar si Emi tu selesaikan bayaran yuran semester dia. Balik je, aku penuhkan perut aku yang kosong tak terisi dengan keropok lekor dan pisang goreng yang aku beli kat kedai depan. Solat. Dan...online. Buka Farmville dan Cityville. Menjadi kegemaran aku main kedua-dua aplikasi facebook nih. Tapi tengok situasi juga lah. Kadang-kadang internet jalur lebar celcom ni suka buat hal. Kalau nasib baik dapat lah main. Kalau line macam bangkai tak dapat lah nak main. Farmville dan cityville ni bagi aku game dia agak santai. Jadi kalau nak isi masa lapang, aku main lah benda alah ni kalau tak layan movie. Level? Itu rahsia. Setakat tu je kot huraian aku untuk petang ni. Insya allah, kalau ada kelapangan aku akan mengarut pasal kedua-dua aplikasi ni dengan lebih lanjut. Adios.



Antara game yang paling cepat naik level. Tak caye cube try.




Game ni memang relevan untuk semua orang. Kecik besar tua muda ,semua boleh main. Janji ada akaun facebook.





0 comments: