Monday, February 28, 2011

ST 12 - Putri Iklan








Aku yang terlelap sendiri
Terlelap sampai tak sadarkan diri
Ku lihat sang pujaan hati
Datang melangkah terus menghampiri

Namun sungguh sayang
Kau hanyalah sebuah mimpi
Terbangunkan pagi bersama matahari

Aku bergetar di sentuh dia
Mataku terbang sampai ke langit
Tubuhnya pun indah ku pandangi
Putih mulus dan seksi

Tak jauh seperti sang bidadari
Kan ku peluk dia sampai mati
Rambutnya pun indah bagai putri
Mirip iklan di TV

Hikayat Merong Mahawangsa


10 Mac 2011. Dikhabarkan pada tarikh ni lah cerita yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem tempatan akan ditayangkan. Insya allah. Trailer file arahan KRU ni memang cukup membuatkan aku turut sama melompat-lompat untuk menjadi orang pertama yang menonton filem setaraf hollywood ni. kebanyakan respon orang ramai berkenaan dengan trailer filem nih cukup positif. ini boleh membuatkan KRU menarik nafas lega dengan respon sebegini. Memang tak dinafikan KRU sering membawa naskah yang berinovasi dalam industri perfileman Malaysia. Usaha yang macam ni lah yang sepatutnya kita banggakan. Itu dari segi publisiti. kalau tak silap aku lebih daripada 20 buah negara telah mengambil filem kita ni untuk ditayangkan di negara diorang. Bangga siot. Ini merupakan titik tolak bahawa hasil karya negara kita turut diminati oleh orang luar. Filem epik macam ni memang merupakan kegemaran aku. Dari segi pelakon pulak, semua nya bukan calang-calang orang. Ada gak pelakon luar yang turut memainkan peranan dalam cite nih. Mereka merupakan pelakon-pelakon yang mendapat tempat di hati peminat-peminat tempatan. Yang penting umi nazeera ada. Aku suka sama kamu..ha89.





alahai cik nin..ha89

Web punya pasal...


Sekarang ni. Dah menjadi trend banyak web yang memaparkan gambar-gambar pelik,lucu dan seangkatan dengannya. Kadang-kadang. Benda yang tak tercapai dek akal pun kita boleh jumpa dalam web seperti ni. Salah satu blog yang menjadi ikutan aku ialah bom321. Blog ni agak universal bagi aku. Meliputi semua benda. Benda yang bertapis, tak bertapi, aneh,unik,lawak,gila,mereng,senget dan sewaktu dengannya. Boleh buat aku tergelak sorang-sorang kalau baca isi kandungan yang ada kat dalam. Tapi memang layan. Jadi pandai-pandai lah menilai. kalau nak dijadikan sekadar hiburan tak salah. yang baik dijadikan teladan. yang buruk tu eloklah dijauhkan. Tapi macam aku cakap tadi...memang layan...

Link : www.bom321.com

Malam Masquerade



Malam tadi. Malam bertema colourful masquerade of night. Juga merupakan malam anugerah dekan bagi ppk aku. Tapi aku tak ikut tema macam yang ditetapkan. Dengan hanya berpakaian santai. bertema bunga-bunga ala hawai kasanova. memang agak mencuri tumpuan juga aku malam tadi. Tapi apa salahnya kan. Sekali-sekala. Gaya yang tampak ringkas menjadi aku akan menonjol dengan baju aku yang agak jarang tapi berlapis singlet hitam kat dalam. malam tadi sebenarnya agak membosankan bagi aku. Persembahan yang kurang menarik. Makanan pun kurang best macam tahun lepas. tapi aku hadir je sekadar meramaikan majlis. Sempat juga aku naik pentas walaupun tak dapat anugerah. Motif? Tolong member tangkap gambar masa amek hadiah. Erm. Sempat juga aku bergambar ngan kawan-kawan yang macam super model. Kembang siot. Well, di harap tahun depan acara lagi gempak.

p/s: plan nak buat performance tahun depan???



mesti aku macho kan malam tadi...ha89






Friday, February 25, 2011

Pilihan Raya Kampus : Sulit Lagi Menyulitkan.


Semalam. Musim PRK (pilihan raya kampus) seakan menjadi wabak kepada semua mahasiswa di Malaysia. Atas nama demokrasi terpimpin, pemilihan konstituensi di beri kepada pelajar bagi mewakili suara mereka untuk suatu perubahan yang lebih baik dalam institusi masing-masing. Fenomena macam ni masih baru lagi kat tempat aku. Sambutan yang krang menggalakkan dari segi pemerhatian yang aku buat dapat dibuat ketika berlakunya rapat umum atau manifesto. Tak ramai pelajar yang turun untuk mendengar manifesto para calon. Termasuk aku. Tapi atas desakan rakan-rakan, aku pun turun. Sekadar untuk mendapatkan gambaran jelas tetntang proses sebenar sepanjang pilihan raya dijalankan. Bagi aku semua calon mempunyai potensi secara individu. Adoi. Skema la pulak ayat. Sudah semestinya dalam apa jua program, mesti berlaku pelbaga kesulitan yang tak diduga. Kat sini lah baru boleh kita nilai sejauh mana kecekapan para pegawai PRK sendiri dalam menangani permasalahan yang timbul. Pembuangan undi secara online kat tempat aku merupakan pilihan pihak universiti, dimana pada pandangan aku memudahkan diorang dalam proses pembuangan undi itu sendiri. Tetapi, mereka tidak membuat penilaian terlebih dahulu akan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi seperti kelancaran trafik internet itu sendiri. Internet yang lembap, memaksa para pelajar membuang masa berjam-jam. Proses pembuangan undi yang sepatunya menjadi mudah bertambah menyulitkan para pelajar. Aku yang mendaftar sebagai pengundi pada pagi tu dapat mengundi hanya selepas aku habis kuliah pada waktu petang. Itu pun lepas kena tahan. Aku tak dapat buang undi pada pagi tu sebab masalah internet yang lembap macam hawau. Tunggu punya tunggu, akhirnya kena pergi mengundi tempat lain. Atas faktor-faktor yang sesuai diterima dek akal, aku sepakat malas nak pergi. Sebab sistem pengurusan yang tidak cekap. Jadi tak hairanlah kenapa yang turun mengundi tu sikit. Hai...................

Tuesday, February 22, 2011

Grooming wajib di waktu pagi.

Salam dinihari. Awal aku bangun pagi ni. Semata-mata nak main farmville. Sambil main tu aku pun cuba untuk buat post yang baru. Kali ni entri aku lain sikit. Ni pasal grooming. Apa yang aku buat waktu pagi. Selepas mandi lah kiranya.

Grooming? Aku pun sebenarnya tak lah berapa tahu sangat pasal grooming ni. Kira lebih kepada penjagaan penmapilan diri. Mungkin berkenaan dengan kebersihan diri. Sebagai contoh, cuci muka.Kalau aku selalunya cuci muka selepas bangun tido dan waktu nak mandi malam tu. Itulah kebiasaan yang aku buat.

Selepas cuci je muka, aku akan sapu toner. Kegunaan? Toner ni fungsi dia macam mengecilkan lubang pori yang ada kat muka kita. Kalau lepas picit jerawat, pasti akan meninggalkan kesan seperti rongga kecil. Jadi, masa nilah kita nak gunakan toner.

Dan akhir sekali baru aku sapu mosturizer atau pelembap. Pelembap ni bukan hanya untuk melembapkan muka je, tapi ada fungsi lain jugak sebenarnya. Pelembap yang aku pakai ni ada spf 20. Fungsi spf 20 ni adalah menahan sinaran uv di muka kita. Kira macam penapis la. Memandangkan cuaca kat sini memang panas, jadi penting sangat lah pakai pelembap yang ada spf 20.

Dan produk yang aku paling gemar pakai ialah lo'real for men. Memang aku sebati dengan jenama nih. Lagipun kulit aku memang sesuai dengan lo'real. Bagi aku penjagaan diri ni penting. Bertujuan untuk keselesaan diri.










Ini toner yang aku selalu pakai.




Yang jenis ni ada spf 20. Tengok kat botol ni. Ada dilabelkan.


pencuci sudah....

Monday, February 21, 2011

Akhirnya, ini yang aku buat..

Aku telah berjaya menjadi seorang freelance designer yang tak bertauliah. Apakah perkaitan yang aku cuba timbulan kat sini? Ini merupakan kesinambungan Hikayat Pangeran Muda...Erk. Bukan. Ini langsung tiada kena mengena dengan cerita penglipur lara atau dongeng lagenda. Aku saja je nak tunjuk kat sini hasil design yang aku buat untuk kelab aku. Aku telah diamanahkan untuk buat poster untuk pertandingan debat alam sekitar. Kira macam aku masuk pertandingan buat poster lah ni. Al-kisahnya, aku memang bukan lahir dari keturunan seniman atau apa pon. Bab nak lukis atau mereka bentuk ni bukan merupakan kepakaran malahan itu merupakan perkara terakhir yang akan aku buat. Walaupun aku pernha mengimpikan untuk menjadi seorang pelukis sehebat Plato. Aku telah disuruh atau pun di'kena'kan untuk menyiapkan atau mengambil tugas ni. Tapi aku ok je. Komitmen punye pasal wa cakap lu. Tapi memang senang nak amek tanggungjawab tu. Cuma nak laksanakan tu yang susah. Memang berasap kepala nak memikir idea yang sesuai untuk siapkan poster ni. Ada juga lah aku suruh si polan tu minta tolong bagi pendapat yang bernas. Tapi, hampes. Terpaksa lah juga aku menggunakan otak aku yang satu ni untuk menyudahkan benda yang memang tak kan keluar dalam final exam. Tapi aku buat dengan ikhlas kot. Dengan setulus hati. Ye la. Kalau kita buat dengan hati yang tulus, nescaya hasilnya akan memuaskan hati kita sendiri walaupun tak sehebat mana. Itu teori aku. Jadi nak kata dah siap tu tak lah. Cuma nak kena edit barang sejemput dua. Bila aku tanya member-member, diorang kata ok, boleh tahan. Tapi tak tau la, ikhlas ke tak. Bersangka baik je la. Sekali tengok macam lukisan budak-budak pun ada kot. Erm...nasib badan.





Yang ni versi cuba-cuba.


Selepas ditokok tambah. Sikit je pun.

Petang aku bersama Farmville dan Cityville.

Boleh tahan panas petang ni. Memang cuaca di negeri Indera Kayangan ni bahang. Tak hairanlah kalau kulit makin legam. Tapi itu sudah menjadi kebiasaan. Apa taknya. Dah tiga tahun aku bermastautin kat negeri ni. Balik tadi pun aku main redah je. Sempat juga la hantar si Emi tu selesaikan bayaran yuran semester dia. Balik je, aku penuhkan perut aku yang kosong tak terisi dengan keropok lekor dan pisang goreng yang aku beli kat kedai depan. Solat. Dan...online. Buka Farmville dan Cityville. Menjadi kegemaran aku main kedua-dua aplikasi facebook nih. Tapi tengok situasi juga lah. Kadang-kadang internet jalur lebar celcom ni suka buat hal. Kalau nasib baik dapat lah main. Kalau line macam bangkai tak dapat lah nak main. Farmville dan cityville ni bagi aku game dia agak santai. Jadi kalau nak isi masa lapang, aku main lah benda alah ni kalau tak layan movie. Level? Itu rahsia. Setakat tu je kot huraian aku untuk petang ni. Insya allah, kalau ada kelapangan aku akan mengarut pasal kedua-dua aplikasi ni dengan lebih lanjut. Adios.



Antara game yang paling cepat naik level. Tak caye cube try.




Game ni memang relevan untuk semua orang. Kecik besar tua muda ,semua boleh main. Janji ada akaun facebook.





Sunday, February 20, 2011

Bersemangat..


Salam dan selamat pagi. Hadapilah dengan senyuman. Lagu daripada kumpulan Dewa. Bangun awal pagi ni. Mungkin bersemangat untuk memulakan hari aku dengan penuh kejayaan. Yeah! Itu yang aku harapkan. Walaupun secara kebiasannya hari isnin merupakan hari kedua yang paling buat aku agak tertekan. Memandangkan aku terpaksa buat latihan amali dalam makmal. Dua. Memang buat aku hilang pedoman. Tapi kira ok la. Sebab buat secara berkumpulan. Itu memang dapat mengurangkan beban dan serabut serta kebuntuan kepala otak kalau buat sendirian. Tapi pagi ni aku bukan nak bercerita pasal sesi lab aku. Saja nak post kan entri baru. Sekadar permulaan hari. Harap meng'update' blog sebaik bangun dari tido dapat menjadi kebiasaan. Walaupun aku tahu tk siapa pun nak baca.........

Saturday, February 19, 2011

Anjung Keli Di Arau.


Semalam, aku makan tengah hari kat tempat yang agak best juga la. Sudah terang lagi bersuluh, sudah semestinya nama tempat itu ialah anjung keli. Saje nak cuba makan kat siut. Sebelum ini pun aku cuma sekadar lalu je. Tak berkesempatan nak mampir bak istilah indonesia ataupun takrifan dalam bahasa malaysianya, singgah makan. Memang retsoran Anjung Keli ni agak gah. Bersebelahan dengan jalan. Memang senang orang yang nak singah makan. Jadi, aku pun berkomplot lah dengan kawan serumah aku yang aku panggil Zac Efron, untuk pergi ke situ. Memang cantiklah sangat. Kitorang gerak dalam pukul 12 tengah hari. Betul-betul matahari tengah mengganas. Tambah mengelapkan kulit aku. Itu sudah semestinya. Masa sampai pun suasnaa agak meriah. Dah waktu orang makan tengah hari. Mestilah ramai. Walaupun baru pertama kali jejakkan kaki kat situ aku pun buat-buatlah macam dah biasa maka kat situ. Orang punya lah ramai. Tetapi kami tak perlu berebut tempat duduk. Sebab tuan punya restoran tu dah siapkan tempat yang banyak. Cukup-cukup untuk satu kampung datang bertandang menjamu selera kat restoran beliau. Lauk dia pun agak banyak dari segi pilihan. Panjang kot tempat lauk dia. Dari hujung sini ke hujung sana. Macam mana tu? Entah, bayangkanlah sendiri. Aku pun ambil lah lauk yang aku teragak nak makan waktu tuh. Hanya sekadar ayam goreng, sambal tempe dengan salad. Memang stereotaip kot. Asyik lauk yang sama je hari-hari aku makan. Namun, itu bukan isu penting yang akan aku perkatakan kat sini. Air epal hijau dia pun boleh tahan. Cukup semua rasa ada. Yang kawan aku si Zac Efron tu amek ikan keli bakar siap ulam dengan sambal belacan sekali. Memag patut pun. Dah nama tempat Anjung Keli. Tak sak kalau tak pekena ikan keli diorang. Tapi sukacitana aku bagitau dia yang aku tak makan ikan keli ataupun ikan sembilang mahupun ikan leler kalau orang utara panggil. Pasal harga pula, boleh tahan. Nak kata mahal tu takde lah sangat. KFC lagi mahal kot. Erk. Secara keseluruhannya memang tempat tu best. Sebagai bukti, banyak selebriti-selebriti tanah air yang dah pernah singgah makan kat situ berdasarkan gambar diorang yang terpampang di dinding untuk dijadikan sebagai tatapan umum. Tamat.

Friday, February 18, 2011

Sabtu


Pagi yang cerah, tidak lagi segelap yang selalu aku nyanyikan. Masih tewas dengan azam untuk bangun seawal mungkin pada hari cuti. Namun, itu merupakan kebiasaan bagi kami semua (kawan-kawan la tu..) atau aku seorang je. Kebosanan melanda seperti cuti-cuti yang lepas. Hanya rutin mingguan sebagai peneman. Memang itu tak dapat nak dielakkan. Lagu Dato' Siti lah yang menjadi halwa telinga sebagai pembakar semangat untuk memulakan hari dengan penuh cergas. Program? Memang ada seperti yang telah dirancang. Tapi sebab bangun lambat, kemalasan menjadi alasan terbaik untuk menyelamatkan diri dari pada turut serta. Gerakan tangan yang selari dengan percubaan minda untuk terus mencurahkan idea-idea yang patut aku tulis untuk pagi ni. Sekadar memastikan blog terisi dengan entri yang baru. Mungkin lagi segar. Sesegar aku yang baru bangun dari tidur. Tapi nampak macam tak menjadi pulak. Mungkin setakat ini yang termampu. Sekian.....

Wednesday, February 9, 2011

sebuah permulaan




Pendahuluan ini aku andalkan sebagai sesuatu yang sempurna.
Melayahkan harapan untuk sesuatu yang baru.
Yang mungkin memberikan suatu kejutan.
Atau sekadar persinggahan sementara.
Yang dapat mencorakkan pelbagai pola indah untuk renungan berkala.
Namun, tidak semua yang bermula akan berakhir dengan baik.
Lantas, mendakap keringat usaha.
Sebagai pelaburan berharga.
Untuk hari esok.