Salam Ramadhan yang ke-25. Sempena ramdhan yang bakal bertandang tak lama lagi, aku mendapat ilham untuk menulis entri bekenaan dengan balik kampung. Itu pun setelah aku tengok berita malam tadi yang cerita pasal Ops Sikap 24 kalau tak silap.
Memang gempak kan Malaysia nih. Ops Sikap pun dah cecah sampai angka ke 24. Tapi tahap kesedaran masih rendah malah jumlah kemalangan pula yang meningkat. Tambah pulak musim perayaan sekarang nih.
Jadi aku nak berkongsi pengetahuan yang aku ada untuk membebel pasal persediaan yang perlu dibuat khusus kepada mereka yang nak balik kampung.
Isu ni dah lapuk ? So what ? Isu yang lapuk ni lah yang perlu diingatkan sentiasa sesama kita. Sebab isu ni jugaklah jumlah nyawa yang terkorban kat jalan raya makin banyak. Jadi, ini masih isu lapuk ke?
Apa yang korang perlu buat bila balik kampung?
- Servis kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
- Kalau perjalanan jauh, pastikan dapat rehat yang cukup.
- Singgah kat mana-mana yang patut kalau rasa mengantuk atau sewaktu dengannya.
- Memandu dengan had kelajuan yang ditetapkan. Jangan ikut suka kepala kau bila memandu.
- Ikut peraturan jalan raya supaya tidak menyusahkan pengguna yang lain.
- Jangan memandu ikut perasaan atau dengan istilah lain jangan suka sangat. Suka membawa duka. Control sket feeling tuh.
- Sentiasa ingat tagline " Ingatlah orang tersayang". Motip?
- Akhir sekali bawa-bawa lah bersabar bila memandu.Nak-nak sempena di bulan yang mulia ni.
saling ingat mengingatkan,




0 comments:
Post a Comment