Wednesday, August 3, 2011

Google Plus : Pesaing Baru Facebook ?


Ini apa yang aku baca kat surat khabar semalam. Kesahihannya? Entah. Tapi menurut apa yang diorang cakap itu merupakan projek baru Google. Mungkin suatu percubaan. Aku pun excited jugak nak tahu apa sebenarnya google plus tu. Mungkin lagi canggih dari facebook.

Google plus ni lebih kurang sama macam rangkaian sosial yang lain lah kiranya macam facebook, twitter, bla..bla..bla..

Tapi bila aku cuba buka website google plus ni diorang kata projek ni masih dalam percubaan. Mungkin terhad kot jumlah untuk ahli.




Tapi kat negara macam Amerika, India, Brazil dan ada beberapa negara lain dah berjuta-juta yang guna google plus. Masa untuk orang ramai google plus ni dikatakan lebih pantas berbanding dengan orang yang guna facebook dan twitter.

Facebook ambil masa tiga tahun nak capai berjuta pengguna mana kala twitter pulak 30 bulan. Diorang siap buat perbandingan tu yang kepantasan orang ramai mengikuti google plus sama macam Myspace.



Tapi kepantasan Myspace mempunyai pengikut yang ramai sebegitu cepat membuatkan jumlah pengikut Myspace ni semakin cepat berkurang setelah facebook wujud.

Tu lah kan. Dunia rangkaian sosial semakin berevolusi. Makin banyak benda-benda macam ni.

Kalau bagus google plus ni tak mustahil orang akan beralih arah dari facebook. Siapa tahu kan?

0 comments: