Thursday, August 11, 2011

Naik Susah, Turun Senang ....



Aku bukan nak cerita pasal harga barang atau pasal minyak petrol, tapi kali nih aku nak cerita tentang perubahan sifat biologi badan aku sempena bulan puasa yang mulia nih. Ini berkenaan dengan berat badan aku.

Nak kata satu masalah tak jugak sebenarnya tapi aku yang gatal-gatal memandang benda-benda remeh macam ni sebagai perkara yang membebankan. Apa perkaitan entri kali nih dengan berat badan dan aku?





Ye la. Sebab aku tengok diri aku sendiri yang semakin hari semakin kurus. Nak-nak pulak waktu bulan ramadhan. Selera makan tak de walaupun kadang-kadang lapar. Bila waktu berbuka aku tak sibuk nak cari nasi ayam ke, murtabak ke atau ape-ape je la.




Tapi aku akan pastikan depan mata aku ada dua tiga gelas bermacam jenis air. Nafsu minum lagi kuat dari makan. Mungkin kesan daripada dehidrasi semasa berpuasa. Jadi bila kurang makan tu yang menjadi punca berat badan aku susut mendadak.

Itu daripada pemerhatian secara zahir. Aku kalau boleh nak berat badan aku naik. Biar berisi sikit walaupun tak dapat nak buat badan macam Kevin Zahri. Ni semua berpunca daripada masalah disiplin pemakanan aku sendiri. Atau tindakan metabolisma dalam badan aku tinggi sangat sehingga mampu mencerna makanan dalam sekelip mata.

Walau pun risau, aku tak ubah jugak tabiat macam tuh. Cuma aku akan makan 2 atau tiga jam lepas minum air. Tak pe lah, sekurang-kurangnya ada juga makanan yang masuk dalam badan. Tapi macam mana nak rangsang berat badan kasi cepat naik. Idea ?




0 comments: