Wednesday, August 31, 2011

Hari Kemerdekaan Ke - 54.



Walaupun masih dalam mood raya, tak lupa untuk mengingati Hari Kemerdekaan negara kita yang tercinta, Malaysia. Syukur teramat sangat kerana kita masih lagi hidup dengan aman dan tenteram atas nama kemerdekaan selama 54 tahun di bawah tema 'Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera' .

Negara kita pun dah capai banyak kemajuan dari segi ekonomi politik dan sosial berpaksikan sistem pemerintahan Raja berperlembagaan serta demokrasi berparlimen. Semua ni lah yang menjadi tunjang negara selama 54 tahun jugak.






Apa yang penting, sebagai anak pasca-merdeka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan kemerdekaan yang ada demi kesejahteraan tanah air kita sendiri dari segala anasir yang kita tak nak.

Tambahan pulak di bawah pimpinan Perdana Menteri kita yang serius dalam usaha mentransformasikan negara kita ke arah yang lebih baik demi menjamin masa depan yang cerah. Semoga semua rakyat Malaysia akan berterusan memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

Dan diharap juga kita semua dapat mengekalkan dan mengutuhkan semangat kemerdekaan dalam diri sendiri yang menjadi lambang masyarakat 1Malaysia yang paling cool dan gempak di mata dunia.


p/s: ada macam teks ucapan PM?



watikah hari merdeka,

Tuesday, August 30, 2011

Perihal Hari Raya Pertama




Alhamdulillah. Dengan izin-Nya dapat juga aku menyambut syawal tahun ni. Seperti tahun-tahun yang sudah, hari raya pertama adalah hari yang paling penuh jadualnya kalau nak diikutkan. Ziarah kubur atuk ngan nenek serta pergi beraya ke rumah sedara-mara yang terdekat.

Nak diikutkan memang penat ya amat. Tapi disebabkan setahun sekali, ikutkan je la kehendak famili. Tu belum kahwin lagi, kalau dah kawin nanti tak tahulah macam mana pulak. Nak pergi beraya rumah mertua lagi, raya rumah sedara-mara belah isteri pulak. Hadoiii..Tak pe. Tu lambat lagi.




Tapi ape-ape hal pun aku rasa seronok dapat jumpa sedara-mara yang lama dah tak jumpa. Memang boleh dikatakan marathon raya. Dari pagi sampai malam pergi beraya. Siap dapat duit raya lagi tu. Tak mahu cerita panjang, aku sertakan kronologi dan butiran kejadian untuk hari raya pertama aku.


1 Syawal ~ Raya Pertama


7.45 a.m : Pergi masjid. Semua ahli keluarga aku pergi termasuk nenek aku,ibu ngan ayah aku, adik-adik,pak cik,mak cik dan semua lah senang cite. Cuma tahun nih atuk aku dah tak de. Sedih.


9.00 a.m. : Sesi bersalam-salaman dan bermaafan dengan seluruh ahli keluarga : nenek aku, ayah, emak, adik-adik, pak cik, mak cik, sepupu dan banyak lagi lah. Dan aku dapat kumpul duit raya sebanyak RM 60. Macam tak caya. Dah besar pun still dapat lagi.


9.30 a.m. : Ziarah kubur atuk aku. Kubur atuk aku ada dua. Satu atuk kandungsatu lagi atuk tiri. Kitorang semua baca yassin dan sedekahkan al-fatihah. Itulah rutin setiap tahun lepas abis sembahyang raya.


10.30 a.m. : Pergi rumah pak cik aku yang bongsu sebelah ayah. Kat rumah dia memang best. Dia akan hidangkan mi hun sup yang paling power masa hari raya. Semua ahli keluarga aku sanggup berlapar semata-mata nak makan kat umah dia. Ha89.....


11.45 a.m. : Pergi rumah mak cik aku yang kedua belah ayah aku. Rendang ayam ngan daging memang aku gatah habis. Lepas tu makan buah rambutan kat luar rumah. Memang layan habis.


1.45 p.m. : Ke rumah nenek sedara pulak. Istimewanya tiap-tahun dia hidangkan ayam hutan masak rendang. Susah nak jumpa tu.


2.35 p.m. : Rumah pak cik aku merangkap adik kepada emak. Makan mihun goreng pulak. Aku balun dua pinggan sebab lapar lagi. Aku makan banyak tak pe. Badan still maintain. Kah89....Haktuih!!


3.30 p.m. : Rumah terakhir untuk petang nih a.k.a rumah nenek sedara jugak tapi belah mak. Menu paling best ialah mee laksam. Tapi tahun nih tak de sebab anak sulung nenek sedara aku tak balik. Jadi, kempunan lah jawabnya. makan je la kuih raya yang ada,......... : >


9.00 p.m. : Beraya kat rumah datuk sedara belah nenek. Ramai gila orang yang datang kat rumah dia. Dah macam open house. Dan macam biasa, isi perut dan duduk tengok gelagat orang kat sekeliling sambil tengok jam. Ngantuk nak balik tido......Huh!





Itulah kronologi syawal pertama aku untuk tahun nih. Semoga dipanjangkan umur lagi tahun hadapan untuk merasai nikmat beraya di bulan syawal yang mulia nih. Insya allah.




Selamat Hari Raya




Aku buat entri ekspress ni khas untuk semua orang sebelum nak pergi sembahyang. Aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kat semua orang. Chill bebeh. Salam


Sunday, August 28, 2011

Review : Rise Of The Planet Of The Apes





Gila wayang lagi. Maklumlah, kalau dah minat dan ada peluang, janganlah disia-siakan. Jadi kesempatan yang ada malam tadi aku pergi tengok cite Rise Of The Planet Of The Apes. Memang dah lama nak tengok cite nih dan tak sangka dapat gak aku tengok. Hilang kempunan.

Itupun adik aku yang ajak. Tapi aku malas rasanya nak pergi. Ye la. Sebab risaukan jalan yang kemungkinan besar akan jem. Maklumlah orang pergi shopping raya. nak tak nak pergilah jugak aku mengenangkan adik sendiri yang ajak. Kalau orang lain...Huh...

Ok. Bagi aku keseluruhannya cerita nih boleh tahan la. Nak kata gempak sangat tu tak la jugak. Sebenarnya aku membayangkan yang lebih dari filem ni. Lebih dari cerita Planet of The Apes. Tapi tak menepati kehendak aku lah sangat.

Permulaan cerita je aku dah rasa macam tengok National Geography. Lepas tu mawas-mawas ditangkap untuk jadi ujikaji dan berlaku mutasi. Macam dah boleh tahu apa yang akan berlaku. Dan sememangnya agak skeptikal sket.






Watak utama dalam nih ialah Caesar yang masih kecik dan dijaga oleh lelaki yang menjadi perintis kepada projek untuk penawar Alzheimer. Bila gagal abes semua mawas tu kena bunuh dan tinggal hanya Caesar ni je.





Dia dibela dan dilatih oleh lelaki tu, disamping menjadi bahan pemerhatian untuk kelangsungan projek tersebut. Caesar kemudian dihantar ke pusat pemulihan haiwan disebabkan mencederakan jiran lelaki tu.




Dan dekat pusat pemulihan haiwan ni lah dia menjadi mawas yang berjaya merekruit mawas yang lain dengan memberi diorang sejenis vaksin yang dicuri dari rumah lelaki tu. Mawas-mawas kat situ semua memberontak dan lari beramai-ramai kat sebuah hutan.





Tapi apa yang membuatkan aku tertarik dengan cerita nih mawas-mawas nih tak bunuh manusia-manusai kat situ. Diorang cuma menakutkan orang kat sekeliling diorang semata-mata untuk sampai kat sebuah hutan.





Dari apa yang aku lihat secara tersirat, mawas-mawas nih cuma nak dapatkan hak mereka untuk hidup bebas kat dalam hutan. Diorang tak mahu spesies diorang dieksploitasi untuk kepentingan manusia.

Dan untuk cite nih aku bagi tiga bintang. Sori kalau penulisan aku kelam kabut sket.



yang menonton,

Saturday, August 27, 2011

Beli Baju Raya Part 2

Sambungan untuk beli baju raya part 1.




Semalam atau hari sabtu merupakan hari yang kedua untuk aku pegi baju raya. Yang ni baru betul-betul beli baju raya. Kalau yang lepas aku sempat beli seluar je. Kali ni abis semua aku borong walaupun bajet cuma RM 300.




Mula-mula aku pergi Jusco kat seremban 2. Kat sini la aku pergi beli baju raya. Memang aku plan nak beli kat F.O.S. Murah dan banyak sikit. Aku ambil 6 helai t-shirt. 3 helai harga dia RM 45. Murah lah jugak. Baju biase-biase je. Semua hanya RM 90. Kurang dari RM 100 yang aku peruntukan.





Lepas tu aku gerak pergi terminal 1. Kat sini aku sempat beli seluar pendek 2 helai dengan sandal. Semua aku bajet RM 200. Tu pun berlebih. Sandal yang aku bajet RM 100 cuma perlu belanjakan RM 70.





Seluar pendek lak aku beli kat tempat yang aku selalu beli. Seluar dua helai tu harga dia RM 122. Lepas guna membership card dapat la diskaun RM 100. Jadi semua sekali adalah lebih kurang rm 260.

Maknanya aku berjaya menjimatkan RM 40. Fuh. Ok lah tu. Bulan Ramadhan kita harus berjimat cermat. Kan ?

Sekian je cerita pasal beli baju raya. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.




salam dari,

Wednesday, August 24, 2011

Peringatan Untuk Yang Balik Kampung.



Salam Ramadhan yang ke-25. Sempena ramdhan yang bakal bertandang tak lama lagi, aku mendapat ilham untuk menulis entri bekenaan dengan balik kampung. Itu pun setelah aku tengok berita malam tadi yang cerita pasal Ops Sikap 24 kalau tak silap.

Memang gempak kan Malaysia nih. Ops Sikap pun dah cecah sampai angka ke 24. Tapi tahap kesedaran masih rendah malah jumlah kemalangan pula yang meningkat. Tambah pulak musim perayaan sekarang nih.

Jadi aku nak berkongsi pengetahuan yang aku ada untuk membebel pasal persediaan yang perlu dibuat khusus kepada mereka yang nak balik kampung.

Isu ni dah lapuk ? So what ? Isu yang lapuk ni lah yang perlu diingatkan sentiasa sesama kita. Sebab isu ni jugaklah jumlah nyawa yang terkorban kat jalan raya makin banyak. Jadi, ini masih isu lapuk ke?







Apa yang korang perlu buat bila balik kampung?

  1. Servis kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
  2. Kalau perjalanan jauh, pastikan dapat rehat yang cukup.
  3. Singgah kat mana-mana yang patut kalau rasa mengantuk atau sewaktu dengannya.
  4. Memandu dengan had kelajuan yang ditetapkan. Jangan ikut suka kepala kau bila memandu.
  5. Ikut peraturan jalan raya supaya tidak menyusahkan pengguna yang lain.
  6. Jangan memandu ikut perasaan atau dengan istilah lain jangan suka sangat. Suka membawa duka. Control sket feeling tuh.
  7. Sentiasa ingat tagline " Ingatlah orang tersayang". Motip?
  8. Akhir sekali bawa-bawa lah bersabar bila memandu.Nak-nak sempena di bulan yang mulia ni.



saling ingat mengingatkan,

Monday, August 22, 2011

Review : Hanna



Baru lepas tengok Hanna . Dia bukan awek aku da. Hanna ni cerita yang baru aku tengok kat wayang tadi. Dah lama jugak tak pergi panggung. Bosan-bosan tadi aku ikut jugak la adik aku pergi walaupun aku rasa segan.

Napa segan ? Ye la. Waktu bulan puasa tengok wayang. Nanti orang kata pergi tengok wayang boleh, tapi pergi terawih tak boleh pulak. Ha89...Tak ke segan kalau orang cakap macam tuh.




Ok. Abaikan semua tuh. Berbalik kepada penceritaan aku. Aku dah pernah tengok trailer Hanna ni. Tapi aku tak jangka apa-apa pun walau pun ada terniat nak pergi tengok. Dan sememangnya cerita nih memang antara genre kegemaran aku : aksi dan perisikan.

Sebelum nih banyak jugak cerita genre macam nih yang dah aku tengok macam Salt, Killers, Stormbreaker, Knight and Day, Mr & Mrs. Smith, Mission impossible dan macam-macam lagi.




Tapi bagi aku cerita Hanna nih ada kelas dia tersendiri. Memang best. Budak perempuan dalam cerita nih memang sesuai bawa watak nih menurut pendapat aku la. Karakteristik dia dalam cerita bih memang berkesan.

Apa yang aku kagum dengan cerita nih, dia tak guna banyak CGI atau pun adegan-adegan yang memerlukan letupan atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Diorang hanya memanipulasikan audio ( background muzik ) dengan visual ( penataan imej ). Memang cun dan berbaloi kalau tengok.

Cerita nih mengisahkan tentang budak perempuan yang dilatih menjadi perisik oleh bapak dia sendiri. Pada mulanya diorang tinggal kat pergunungan sehingga lah dia ditangkap oleh agen yang memusuhi ayah dia sebab projek haram.





Budak ni kena bunuh perempuan yang telah bunuh mak dia. Tapi bila dia terdedah dengan dunia luar dia banyak hilang fokus sebab jumpa dengan benda-benda yang dia tak pernah tengok.

Akhir sekali dia terpaksa lah berlawan dengan perempuan yang telah bunuh mak dia demi balas dendam. Dan dalam masa yang sama dia dapat tahu dia adalah hasil daripada projek haram untuk kemajuan teknologi.



Pelakon-pelakon yang membintangi cerita nih : Sardise Ronan, Kate Blanchett & Eric Bana.


Projek nih berkenaan dengan melahirkan ahli rekruit perisikan yang mempunyai kekuatan dan tak ada rasa takut dan sakit. Lebih kurang mcam tu lah kot. Pengakhiran cerita, budak perempuan nih berjaya bunuh agen perempuan tu. Tak best ? Tengok dulu baru komen ok.



best teramat,

Saturday, August 20, 2011

Beli Baju Raya Part 1



Semangat tol aku kalau nak cerita tentang hal-hal yang berkaitan dengan Hari Raya ni. Mengenangkan Hari Raya yang bakal menjelang tak lama lagi, sempat jugak aku pergi beli baju raya sabtu lepas.

Tapi sebenarnya aku tak beli baju pun . Aku beli seluar jeans tiga helai je. Baju raya aku bajet nak beli minggu ni. Aku tiap-tiap tahun pergi beli seluar jeans kat Ampangan bukan Ampang. Tempat dia nih macam Uptown kat Danau Kota tapi yang ni ada time raya je.





Kalau nak cari seluar kat sini memang bersepah dan boleh dapat murah. Maklumlah nak beli kat butik tak mampu. Tu yang beli kat tepi-tepi jalan je tu. Tak pe janji aku beli. Kau ada? Tapi memang puas jugak lah dapat beli sampai tiga helai.

Kira berbaloi lah jugak aku pergi sana pukul 2 pagi. Orang pun melaut sibuk cari barang nak raya. Kat sini senang la nak dapat seluar Levi's celup atau gred A lah konon-kononnya. Dan secara keseluruhan aku hanya perlu belanjakan kurang daripada RM 150 untuk ketiga-tiga helai tu.





Tak pelah. Berbelanja sekadar yang mampu sudah. Lagi pun lelaki ni jenis sempoi. Pakai atau beli sekadar yang mampu. Tak secerewet macam perempuan. Setuju ?



sekadar mampu,