Sunday, June 3, 2012

Yep, Aku Ade Masalah Dengan Itu.

Sungguh segar bile bangun sebelum subuh. Rasulullah pun menggalakkan kite bangun sebelum subuh atas faktor kesihatan yang baik. Tapi hari ni je aku bangun awal. Sebelum ni pun asyik terbabas.

Mengambil keberkatan di pagi hari, aku memutuskan untuk update pasal benda-benda yang aku tak suka walaupun aku tahu korang semua tak nak ambil tahu pun.

Aku simple je. Cume hanya tige benda ni je yang aku paling kurang gemar. Sebab? Entah. Aku pun tak tahu. Mungkin suke-suke je kot. Tapi serius aku memang ade masalah dengan mereka.





Warna kuning dengan warna oren adalah warna yang terakhir yang aku akan pilih. Memang warna ni aku tak brape nak gemar. Dan warna ni memang tak de chemistry dengan aku. Tak de satu pun baju aku ade warne nih.




Tak gentle la kalau laki takut cicak? Aku bukan takut. Cume aku jijik je. Dan aku memang sensitif dengan segala jenis keturunan spesies cicak nih sama ada tokek ke, biawak, komodo, sesumpah dan lain-lain. Kalau cicak aku dah benci, seluruh keturunan dia aku benci skali. Lagipun disunatkan kita untuk membunuh diorang ni pada malam jumaat. kalau tak silap la.






Dan benda terakhir yang paling aku elakkan kalau boleh adalah makan benda-benda masam. Aku memang tak boleh blah kalau kena suruh makan benda-benda masam macam ni. Terutama mangga mude. Tapi kalau teh o ais limau tu dikecualikan la. Kenapa aku letak gambar budak nih? Sebab budak nih menunjukan ekspresssi kemasaman yang melampau tahap gaban. Hamek kau.


0 comments: