Sunday, June 10, 2012

Demam Exam Vs Demam Euro



Mentang-mentang la sekarang time EURO, sume pakat-pakat nak update. Termasuklah aku walaupun aku bukan peminat tegar bola. Tambah lak sekarang musim exam. Tapi biase la tu. Tak gentle la kalau laki tak tengok bola. Tak kira musim ape sekali pun.




Semalam aku tengok Denmark lawan Belanda. Maklumlah petang tu baru abes exam Pengurusan Kejuruteraan, walaupun sebenarnya memang tak terurus aku masa dalam dewan tadi. Dan semestinya Belanda adalah pasukan pilihan walaupun team tu memakai jersi berwarne oren.




Apa yang aku nak rumuskan kat sini, secara keseluruhannya game semalam memang Belanda yang control. Tapi mungkin tak de rezeki, dan kemenangan berpihak kepada Denmark, 1-0. Memang peluang banyak tapi nak buat cam mane kan. Tuah ayam nampak kat kaki, tuah manusai siape yang tau.

Ape-ape hal pun memang enjoy sebab tengok ngan kawan-kawan serumah. Lepas ni tak merase lah nak tengok bola same-saem dah bile diorang dah graduate nanti. Tinggal aku je la. Insya alah ade rezeki dapat lah kot. Tu je rumusan yang dapat aku ringkaskan walaupun tak de kena mengena dengan tajuk.



sekian,

Sunday, June 3, 2012

Yep, Aku Ade Masalah Dengan Itu.

Sungguh segar bile bangun sebelum subuh. Rasulullah pun menggalakkan kite bangun sebelum subuh atas faktor kesihatan yang baik. Tapi hari ni je aku bangun awal. Sebelum ni pun asyik terbabas.

Mengambil keberkatan di pagi hari, aku memutuskan untuk update pasal benda-benda yang aku tak suka walaupun aku tahu korang semua tak nak ambil tahu pun.

Aku simple je. Cume hanya tige benda ni je yang aku paling kurang gemar. Sebab? Entah. Aku pun tak tahu. Mungkin suke-suke je kot. Tapi serius aku memang ade masalah dengan mereka.





Warna kuning dengan warna oren adalah warna yang terakhir yang aku akan pilih. Memang warna ni aku tak brape nak gemar. Dan warna ni memang tak de chemistry dengan aku. Tak de satu pun baju aku ade warne nih.




Tak gentle la kalau laki takut cicak? Aku bukan takut. Cume aku jijik je. Dan aku memang sensitif dengan segala jenis keturunan spesies cicak nih sama ada tokek ke, biawak, komodo, sesumpah dan lain-lain. Kalau cicak aku dah benci, seluruh keturunan dia aku benci skali. Lagipun disunatkan kita untuk membunuh diorang ni pada malam jumaat. kalau tak silap la.






Dan benda terakhir yang paling aku elakkan kalau boleh adalah makan benda-benda masam. Aku memang tak boleh blah kalau kena suruh makan benda-benda masam macam ni. Terutama mangga mude. Tapi kalau teh o ais limau tu dikecualikan la. Kenapa aku letak gambar budak nih? Sebab budak nih menunjukan ekspresssi kemasaman yang melampau tahap gaban. Hamek kau.


Saturday, June 2, 2012

Mood Study Week






Fuh! Ketaq urat lutuit ni habaq hang!

Inilah musuh di dunia yang paling nyata. Benda yang paling aku tak suke sejak skolah lagi ialah exam. Kau tanya la mane-mane orang pun diorang akan bagi jawapan yang sama macam aku. Tak caya? Lantak pi kat hang la...

Tapi walau bagaimanapun, nak tak nak, by hook or by crook, aku kena hadap jugak perperiksaan nih. Itulah matlamat kau belajar, ye tak. Ape jadahnya kalau belajar tapi tak de periksa.





Jadi, minggu ni adalah minggu study week. Memang study tapi satu jadah haram pon tak masuk dalam pale hotak ni. Sampai selsema pun datang. Macam mane tu? Habaq mai sat! Ni kalau orang utara tengok post aku ni konfem naik menyampah mereka semua. Bajet good.

Maapla. Ni semua sebab gelisah punya pasal. Tu yang tertukar loghat walaupun hakikatnya aku orang negeri sembilan asli.

Akhir kata, Majulah Perperiksaan Untuk Negara!!!!


p/s: Ade kena mengena ke??





Selamat Hari Gawai



Walaupun aku rase mungkin terlewat sikit, tapi atas dasar kecintaan yang tinggi terhadap rakyat yang berbilang kaum kat Malaysia nih, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada penduduk Sabah dan Sarawak.

Tak terpikir pun nak post pasal benda ni, tapi memandangkan tak tau nak tulis ape, jadi inilah hasil nye. 

Sebenarnya aku tak brape tau sangat pasal Hari Gawai ni, tapi menurut pemahaman aku, ia disambut sempena meraikan hasil tuaian yang baik. Mungkin padi. Jadi atas rasional itulah diorang menyambut Hari Gawai ni, gamaknya.






Tapi ade jugaklah mungkin persembahan dan Uduk Ngadau. Ape tu Uduk Ngadau? Uduk Ngadau tu macam pertandingan ratu cantik. Tapi versi untuk menyambut Hari Gawai je. Jadi malas nak cite panjang. Semoga kepelbagaian yang ade kat Malaysia ni dapat menjamin keharmonian kita bersama. Insya Allah.



Friday, June 1, 2012

Blogging Sekadar Suke-Suke




Blog mencerminkan keperibadian tuan empunya blog tu sendiri. Memang serius. Dan semestinya sahih. Kalau tak caye bace blog sendiri dan bandingkan. Kenapa aku cite pasal ni? Sebab aku tak de idea nak tulis ape. Kah89....

Tapi memang betul la. Sampai kadang-kadang tu kite sendiri pun segan nak bace balik ape yang kite post. Mase tulis tu mane tau ape. Syok sendiri gamaknya. Jadi, bile dalam keadaan minda separa sedar ataupun dalam erti kata lain iaitu jari menari laju atas keypad, waktu tu lah kita secara tak sedar menunjukkan warne kite yang sebenar.

Memang berbelit tapi asal paham sudah. Macam orang putih selalu cakap la, "show it's true colour". Itulah pentingnya englis education. 

Moral of the story, kalau boleh jangan la post benda-beda yang boleh membangkitakn sensitiviti mane-mane pihak. Kurangkan gosip atau reka-reka cerita yang tak berape betol. Itu boleh jatuh fitnah. Jadi,berblogging secara bijak. Nasihat untuk diri sendiri sebenarnya. Sekian.



Buat Rilex Sudah




Sabtu datang lagi. Memandangkan aku dah lama tak update post dalam blog aku nih, so inilah hasil selepas berabad lama aku menyepi. Fuh, kekok habaq hang. Ye la, dah lama tak menulis dan ni lah saat paling janggal macam kau tak pakai baju bile pergi kelas.

Tapi serius aku nak cakap kat sini yang aku memang rindu dengan dunia blogging. Rindu nak mengarut. Rindu nak mencarut. Dan rindu nal bla...bla...bla...

Jadi kesempatan yang ade nih, aku tak sia-siakan untuk 'warm up' balik skill aku. Tapi memang tak idea nak tulis ape. memang mengarut abes nih. Walaupun sepatutnya idea datang mencurah-curah sebab baru bangun tapi aku masih 'blur'. Erm. Nak buat macam mane. Buat rilex je la gamaknya.



p/s : aku ni pemalu. (-.+)"


Tuesday, May 29, 2012

What A year

Hey