Monday, July 4, 2011

Epik Dari Robot



Post kali nih merupakan review cite transformers yang aku tengok minggu lepas. Yup. Memang aku tak ketinggalan. Bagi aku transformers kali nih biasa-biasa je. Mungkin sebab versi kali nih tak boleh nak challenge yang sebelum nih punya.



Sentinel Prime


Tapi aku masih boleh berpuas hati. Walaupun durasi cite nih mencuri masa aku selama 2 jam lebih. Memang aku tak terasa lama. Mungkin sebab ralit sangat dengan aksi mobiliti robot tu sendiri boleh jadi.




Bumblebee

Kelainan yang dapat aku kesan dalam cite nih, ada pembawaan emosi oleh hero, Sam Witwicky. Ni masa babak Bumblebee nak kena musnaskan oleh Decepticon. Memang terasa jugak lah. Lagi satu masa roket yang dilancarkan ke angkasa yang dinaiki Autobot tu diletupkan oleh Decepticon.




Kat situ memang terkesan jugak lah emosi si Shia La beouf tu. Tapi aku tak berape berkenan sangat dengan heroin dia. Nama pun aku tak kenal sape. Tapi beliau tak berjaya bawak watak yang pernah dilakonkan oleh Megan Fox tu dengan ok.




Aku pun tak tau kenapa Megan tak berlakon dalam Transformers 3 nih. Heroin dia nih bagi aku sebagai pelengkap cerita je. Tapi boleh lak heroin nih pergi pengaruh Decepticon supaya bunuh Sentinel Primes.




Dari segi aksi, boleh tahan. Banyak jugak aksi robot bertempur, bangunan dimusnahkan, penglibata Air Force Amerika Syarikat, dan macam-macam lagi. Yang ni memang bagus. Mungkin pengarah dia dah letak penanda aras yang ni mesti lebih bagus daripada sebelumnya.





Jadi, ni jeh yang dapat aku simpulkan.

sekian

0 comments: