Tuesday, July 26, 2011

Jogging : Taman Layang Layang Kepong.



Tercapai juga niat aku selama ni. Niat yang nampak macam tak berapa nak best. Tapi itulah hakikat yang tak mampu aku nak nafikan. Memang semenjak aku dapat buat praktikal kat kepong aku teringin nak jogging kat Taman Layang - Layang, Kepong.

Taman Layang - Layang ni jugak di panggil Taman Metropolitan Kepong. Letaknya betul-betul sebelah highway MRR 2. Selama ni kalau pergi kerja aku memang aku guna highway tu. Pagi-pagi kalau pergi kerja selalu dapat tengok orang je yang jogging.

Hanya mampu sambil menungang skuter aku. Kalau nak diikutkan nak je aku singgah. Tapi atas dasar rasa hormat dan kecintaan yang tinggi aku pergi kerja. Drama kng tol.




Tapi pagi tadi aku dapat juga menikmati keindahan yang selama ini aku idam-idamkan. Ayat puitis nih. Nasib baik akun bangun awal. Kalau tak. Erm.

Tapi aku jalan je. Malas pulak nak jogging. Tapi atmosfera kat sana memang cun. Sampai-sampai je bulu roma aku dah meremang satu badan dek kesegaran udara yang aku sedut. Kembang kempis gak la jantung aku.





Siap tasik tu. Sesaujana mata memandang. Aku ada gak cuba duduk kat tepi tasik tu. Tapi kejap je seriau. Takut tiba-tiba lak ada orang gila tolak aku masuk dalam tasik tu. Naya je. Aku dah lah tak reti berenang. Nanti keluar lak dalam Metro jumpa mayat kembung timbul kat tasik. Ish. Selisih. Cepat-cepat aku teruskan perjalanan. Kah89.


Orang pun tak berapa ramai sangat. Mungkin sebab hari kerja. Tapi aku memang puas. Kalau rajin mungkin aku pergi lagi. Harap-harap.



Cat Rumah : Plum Merah Jambu



Aktiviti hari cuti. Sememangnya aku memang dah rancang nak cat rumah mak cik aku. Ye la. Memandangkan aku masih lagi tinggal kat rumah dia walau cuma tinggal beberapa hari aku nak balik kampung. Masa nih la aku nak curahkan bakti dan balas jasa dia sebab sudi bagi aku tumpang kat rumah dia.

Tapi kalau nak ikutkan memang malas. Tapi kalau nak ikutkan malas memang tak boleh nak hidup la bai. Jadi aku pun cat lah rumah beliau. Baru separuh siap. Kalau aku gunakan masa yang ada tadi seoptimum mungkin memang dah siap.




Tapi kalau siap cepat tak de keje lak aku nak buat nanti. Cis. Alasan. Sebenarnya memang dah tabiat buat kerja separuh jalan.

Dan dah jadi kebiasaan mak cik aku dia suka benda-benda yang sifatnya berwarna merah jambu. Pak cik aku pula tak banyak cite. Dia ikutkan je. Biasa lah. Lelaki kan jenis yang simple. Tak secerewet macam orang perempuan. Kalau tak dapat, mulalah muncung panjang. Siap boleh ikat lagi. hahaha.




Tapi boleh tahan. Nak kata pink sangat tu tak lah. Lebih diibaratkan warna macam buah plum. Cuma cerah seakan-akan warna pink. Cewah. Dah macam Eric pula aku nih. Tu la kan. Dulu masa kecik-kecik aku berangan nak jadi pereka hiasan dalaman. Haktuih. Hahaha.

Sambil mengecat tadi aku buka lah radio kuat-kuat. Biar tak bosan. Harap-harap dia balik nanti seronok lah tengok hasil kerja aku nanti. Nanti duit raya dapat lebey. Hahahah.


Tuesday, July 12, 2011

Blackberry Torch 9800

7


Hahahaha.....(gelak jahat). Fenomena blackberry sedang melanda dunia sekarang. Memang. Diakui oleh aku yang turut mengidam nak benda yang sama tapi hanya mampu memandang je di kedai yang berhampiran. Ceh.


Kali nih aku nak cite pasal Balckberry Torch 9800. Ia adalah smart phone pertama di dunia yang menggabungkan papan kekunci Balckberry dengan skrin sesentuh yang luas siap ada dua warna lagi.

Ciri-ciri yang ada adalah seperti skrin sentuh yang luas, optical trackpad dan papan kekunci blacklit-side out Blackberry. Ape kebenda tuh? Ternganga kau nak memahaminya.

Ciri-ciri utama lain pulak ialah networlg 3G seluruh dunia dengan kelajuan yang pantas (UMTS/HSDPA) dan ciri buitl in GPS untuk aplikasi pencarian lokasi dengan geo-tagging.

Lagi? Ada kamera dengan 5 MP yang dapat menangkap gambar dengan autofokus yang berterusan, kestabilan imej, mode babak dan zoom. Tak ketinggalan, boleh rekod video. Gempak siot.







SPESIFIKASI :

Size : 111 x 62 x 14.6 mm 161 g
Memory : 4 GB storage, 512 MB RAM, 512 MB ROM
Skrin : 360 x 480 pixels, 3.2 inci
Kamera: 2592 x 1944 pixels, autofocus, Flash LED.



Sunday, July 10, 2011

LG Optimus 7



Ini bukan sepupu sepapat kepada Prime Optimus, tapi ia adalah smart phone keluaran dari LG. Memang cun kalau dipunyakan untuk diri sendiri. Telefon keluaran LG nih adalah keluaran LG yang terbaru yang mengaplikasikan Windows Phone 7.

Tak cukup dengan tu, Optimus 7 turut dikendalikan menggunakan sistem operasi Microsoft terbaru, yang secara tak langsung beri kelebihan kat kita (kalau ada la) untuk buat macam-macam benda dengan mudah.

Ada dinyatakan yang ia menjadi lembaran baru untuk tujuan perkongsian kandungan dan menawarkan pengguna pengalaman baru dalam dunia mobil terkini.

Istimewa lah gamaknya kerana wujud kolaborasi antara Microsoft dan LG dalam pasaran smart phone. Memang cun kalau aku dapat. Haiiii...... = (



SPESIFIKASI

Size : 125 x 59.8 x 11.5 mm
Memori : 16GB storage, 512 MB RAM, 512 MB ROM | GPRS Class 10 (4 + 1/3 slots), 32 - 48 kbps | EDGE Class 10, 236.8 kbps 3G | HSDPA, 7.2 MBPS; HSUPA, 5.76 MBPS
Kamera : 5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus.




sekilas dari aku,

Monday, July 4, 2011

Epik Dari Robot



Post kali nih merupakan review cite transformers yang aku tengok minggu lepas. Yup. Memang aku tak ketinggalan. Bagi aku transformers kali nih biasa-biasa je. Mungkin sebab versi kali nih tak boleh nak challenge yang sebelum nih punya.



Sentinel Prime


Tapi aku masih boleh berpuas hati. Walaupun durasi cite nih mencuri masa aku selama 2 jam lebih. Memang aku tak terasa lama. Mungkin sebab ralit sangat dengan aksi mobiliti robot tu sendiri boleh jadi.




Bumblebee

Kelainan yang dapat aku kesan dalam cite nih, ada pembawaan emosi oleh hero, Sam Witwicky. Ni masa babak Bumblebee nak kena musnaskan oleh Decepticon. Memang terasa jugak lah. Lagi satu masa roket yang dilancarkan ke angkasa yang dinaiki Autobot tu diletupkan oleh Decepticon.




Kat situ memang terkesan jugak lah emosi si Shia La beouf tu. Tapi aku tak berape berkenan sangat dengan heroin dia. Nama pun aku tak kenal sape. Tapi beliau tak berjaya bawak watak yang pernah dilakonkan oleh Megan Fox tu dengan ok.




Aku pun tak tau kenapa Megan tak berlakon dalam Transformers 3 nih. Heroin dia nih bagi aku sebagai pelengkap cerita je. Tapi boleh lak heroin nih pergi pengaruh Decepticon supaya bunuh Sentinel Primes.




Dari segi aksi, boleh tahan. Banyak jugak aksi robot bertempur, bangunan dimusnahkan, penglibata Air Force Amerika Syarikat, dan macam-macam lagi. Yang ni memang bagus. Mungkin pengarah dia dah letak penanda aras yang ni mesti lebih bagus daripada sebelumnya.





Jadi, ni jeh yang dapat aku simpulkan.

sekian