Tuesday, February 26, 2013

Sudah Musim Gamaknye




Kemusiman hujan yang melanda mengingatkan betapa nikmatnye kepala beralas bantal sambil dibalut selimut. Ye. Itu yang seharusnye yang perlu dilakukan. Fikir balik sebelum buat. Ade kelas pagi, jadi tok sah nak memandai-mandai sambung tido bai.

Ok. Selesai bab tu. Maslah lain pulak menanti. Tapi bagi lelaki seperti aku itu bukan masalah. Hujan bermakna redah saja hujan itu. Payung? Tak pernah seumur hidup aku beli payung untuk diri sendiri apatah lagi baju hujan.







Kalau tak lebat memang aku berani la. Cuba lebat, tak basah lencun. Sekali lagi aku nak nyatakan kat sini, lelaki seperti aku tidak suka menggunakan payung apatah lagi memilikinya. Kalau guna hanya kepunyaan teman serumah sahaja.

Namapak macam terdesak sangat? Itu apa yang kau fikir. Tapi ada aku kesah. Tapi bila hujan-hujan cam ni la kecenderungan untuk menyumpah seranah dalam hati biase terjadi. Itulah realiti manusia yang kadang-kadang hilang sifat syukur buat sementara.

Bila panas diminta hujan. Didatangkan hujan mengeluh sebab tak nak. Manusia memang macam tu. Lemah tak gagah. Sifat manusia tiada sempurna. Ketetapan ciptaan tuhan. Kan?



Monday, February 25, 2013

Bila Jari Menaip kembali



" Kembali mengenang waktu-waktu lalu. Yang jauh tertinggal. Hingga hilang kesempatan diri mencerita bait hati untuk dikongsi."


Dah lama tak berblogging. Lupe macam mane nak log in. Apetah lagi nak post cite baru. Jadi, permulaan yang lalu aku sambung dengan ape yang tersirat untuk berkongsi menjadi teladan.

Peace Yo !